Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 "Website" Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Julai

10 "website"
Kredit: Bernama

Internet pada hari ini bukan lagi sekadar ruang untuk melayari maklumat, tetapi sudah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian masyarakat moden.

Pernahkah kita sedar bahawa hampir setiap hari, tanpa disedari, kita akan membuka laman web yang sama berulang kali sehingga ia menjadi rutin yang sukar dipisahkan?

Daripada awal pagi sehinggalah ke lewat malam, rakyat Malaysia menggunakan pelbagai laman web untuk tujuan yang berbeza.

Ada yang mencari maklumat untuk kerja dan pembelajaran, ada yang berhubung melalui platform sosial, dan ada juga yang menjadikan internet sebagai sumber hiburan utama.

Semua ini berlaku dengan begitu pantas hanya di hujung jari.

Namun, di sebalik penggunaan yang berterusan ini, pernahkah kita berfikir apakah laman sesawang yang kerap dilayari oleh rakyat Malaysia?

Sebuah syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web baru-baru ini telah mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan Julai 2026.

10 “website” paling banyak dilayari rakyat Malaysia Julai lepas

Berdasarkan laporan terkini daripada platform tersebut, tiga laman web paling popular dan paling kerap dilayari oleh rakyat Malaysia masih didominasi oleh Google.com, YouTube.com dan Facebook.

Ketiga-tiga platform ini terus kekal sebagai pilihan utama pengguna dalam aktiviti harian seperti mencari maklumat, menonton kandungan video dan berhubung secara dalam talian.

Tidak mengejutkan, Google.com berada di kedudukan tertinggi sebagai laman sesawang paling banyak dilayari memandangkan ia merupakan enjin carian nombor satu di peringkat global.

Sementara itu, YouTube.com di kedudukan ke-2 dan Facebook.com di kedudukan ke-3 turut mengekalkan pengaruh besar masing-masing dalam kalangan pengguna internet di Malaysia.

WhatsApp.com berada di kedudukan ke-4 sebagai antara aplikasi paling banyak digunakan pada bulan lepas, diikuti oleh Instagram.com di kedudukan ke-5.

Kedua-dua platform ini terus menunjukkan pengaruh yang kuat dalam komunikasi dan perkongsian kandungan visual.

TikTok.com pula berada di kedudukan ke-6, manakala Chatgpt.com kekal di kedudukan ke-7, menunjukkan peningkatan penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam kalangan pengguna.

Menariknya, Shoppe.com berada di kedudukan ke-8, sebagai platform e-dagang pilihan rakyat Malaysia.

Gemini.google.com pula kekal di kedudukan ke-9, manakala wikipedia.org melengkapkan senarai di kedudukan ke-10 carta tersebut.

Kredit: Similar Web

Apa Itu laman web?

Laman web atau sesawang (website) merupakan sebuah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya, memetik Kamus Dewan Edisi Keempat.

Sumber:Similarweb
Intipati
  • Similar Web mengeluarkan senarai laman web paling kerap dilayari rakyat Malaysia sepanjang Julai 2026.
  • Google.com, YouTube.com dan Facebook.com menduduki tiga tempat teratas dalam laporan tersebut.
  • Senarai itu turut menampilkan WhatsApp, Instagram, TikTok, ChatGPT, Shopee, Gemini Google dan Wikipedia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan