‘Melaka kosong. Orang Melaka semua pergi Cameron Highlands.’
Itulah gurauan seorang pengguna Threads selepas menyatakan suasana di Melaka kelihatan begitu lengang, seolah-olah ramai penduduknya ‘menghilangkan diri’ untuk bercuti di tempat lain.
Menerusi hantaran yang dikongsikan pengguna dikenali sebagai noersjahidah, dia berkata suasana bandar raya itu cukup berbeza apabila jalanan kelihatan tenang dan tidak sesak seperti kebiasaan.
Menurutnya, ramai seakan-akan mengambil peluang bercuti, malah secara berseloroh menyatakan orang Melaka semuanya sedang berada di Cameron Highlands.

“Melaka kosong. Orang Melaka semua pergi Cameron Highlands,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu turut dipersetujui pengguna lain bahawa mereka juga menyedari suasana lengang di sekitar Melaka.
“Ye wei, lengang haaaaa. Korang semua dalam AEON ke?” kata pengguna ariyshtouch_ secara berseloroh.
Seorang lagi pengguna, 84nyanniza, berkata suasana yang kurang sesak itu ternyata memberikan rasa tenang.
“Betul weii. Tenang jer rasa,” ujarnya.
Namun, bukan semua orang Melaka dilaporkan ‘berkampung’ di Cameron Highlands.
Seorang pengguna, aniepunye_75, berkata dia dan keluarganya pula memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian.

“Kami orang Melaka kat Penang. Meramaikan Penang,” katanya.
Perkongsian santai itu mencuit hati warganet apabila masing-masing mula ‘melaporkan lokasi’ penduduk Melaka, seolah-olah seluruh negeri itu sedang bercuti serentak.

Nampaknya, kalau Melaka tiba-tiba lengang, mungkin bukan sebab tiada orang, cuma semua tengah healing di negeri orang

