Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
remaja oku hilang cari lembu
Gambar: Bernama

Remaja OKU Dilapor Hilang Ketika Cari Lembu 

Iqbal Yasir

Remaja OKU Dilapor Hilang Ketika Cari Lembu

MELAKA, 5 Jun (Bernama) — Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dikhuatiri sesat selepas dipercayai keluar mencari lembu yang hilang di dalam hutan di Kampung Permatang Pasir, di sini petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata usaha mencari Muhamad Aidil Asyraf Fadli,15, digerakkan sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.54 malam tadi.

“Pencarian dilakukan di sekitar kawasan kandang lembu dan turut dibantu pasukan polis serta orang awam hingga 1.35 pagi tadi sebelum disambung pada 7 pagi,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Akhbar Abdol Karim dengan dibantu enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu.

Setakat 12 tengah hari, katanya pasukan operasi belum menemukan sebarang petunjuk berkaitan kehilangan remaja itu.

Ibu remaja itu, Siti Norehan Azhar, 38, berkata anak kedua daripada enam beradik yang mesra disapa ‘Gemuk’ itu disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas menjalankan rutin hariannya menjaga 13 ekor lembu milik bapa saudaranya.

Norehan berkata setiap hari lepas sekolah, Muhamad Aidil Asyraf akan menguruskan lembu dan pulang ke rumah sekitar 7 malam.

“Selepas 8 malam tadi, saya mula rasa pelik dan tidak sedap hati kerana Muhamad Aidil Asyraf masih tidak pulang. Sepupunya keluar mencarinya serta melaungkan azan di sekitar kawasan kandang.

“Kira-kira 10 malam, kami menemukan lembu yang hilang di kolam terbiar di hutan berhampiran namun Aidil (Muhamad Aidil Asyraf) masih tidak kelihatan,” katanya yang yakin anaknya tidak pergi jauh kerana remaja itu tidak suka melepak atau keluar bersama rakan.

Sumber: BERNAMA