Siakap Keli
negeri hujan malam ini
Gambar: Bernama

10 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

10 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat di negeri seperti Perak, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

Manakala seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu dijangka hujan.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.

“Di Selangor, kawasan yang terlibat adalah Hulu Selangor dan Gombak.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan seperti Kuching (Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Kapit (Song).

“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” maklum METMalaysia dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02GZkzXbuCk9HBDqbdfi4iWpg3EQtra9mq1HdxBzVZWfnhsV736DmkUzi3zdPd8rGql

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia 

BACA: Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

BACA: Subsidi Tong Gas LPG: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.