Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Subsidi LPG: Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Gambar AI
Tiada Kategori

Subsidi Tong Gas LPG: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

suhaila

Subsidi Tong Gas LPG: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Gas petroleum cecair atau LPG merupakan bahan bakar utama yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk keperluan harian seperti memasak dan pemanasan air.

Bagi meringankan beban kos sara hidup, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan subsidi LPG yang menjadikan harga jualannya jauh lebih rendah berbanding harga pasaran sebenar.

Namun, ramai yang masih keliru mengenai siapa yang layak menerima subsidi ini dan bagaimana ia sepatutnya digunakan terutamanya dalam kalangan peniaga kecil.

Apa itu subsidi LPG?

Subsidi LPG adalah bantuan kewangan daripada kerajaan yang ditanggung untuk mengurangkan harga silinder gas bersaiz 14kg, 12kg dan 10kg.

Tanpa subsidi, harga sebenar LPG boleh mencecah lebih tinggi bergantung kepada pasaran minyak global. Harga subsidi ini bertujuan untuk memastikan setiap isi rumah mampu membeli LPG untuk keperluan domestik.

Siapa yang layak terima LPG bersubsidi?

Menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pengguna domestik atau isi rumah merupakan kumpulan utama yang layak menerima subsidi LPG, aitu gas petroleum cecair dalam tong 10kg, 12kg dan 14kg.

LPG bersubsidi ini hanya dibenarkan untuk kegunaan peribadi seperti memasak di rumah dan bukan untuk tujuan komersial.

Sebaliknya, premis industri dan perniagaan berskala sederhana atau besar seperti restoran bersaiz besar, hotel, dobi komersial dan kilang tidak layak menggunakan LPG bersubsidi sebaliknya perlu mendapatkan bekalan LPG pada harga pasaran tanpa subsidi.

Bagaimana dengan peniaga kecil?

Peniaga kecil seperti penjual makanan di warung, gerai tepi jalan atau penjaja yang hanya menggunakan 1-2 tong gas bersubsidi, masih berada dalam zon kelonggaran.

Namun, mereka disaran agar tidak melebihi penggunaan 3 tong (42kg) pada satu-satu masa, kerana:

  • Melebihi had ini memerlukan Permit Barang Kawalan Berjadual.

  • Penggunaan berlebihan tanpa permit boleh dianggap penyalahgunaan subsidi.

Bahaya penyelewengan subsidi LPG

Ada peniaga industri yang membeli tong gas bersubsidi secara tidak sah atau memindahkan gas (decanting) ke tong lain untuk keuntungan.

Ini bukan saja menyalahi undang-undang, tetapi juga membahayakan keselamatan premis dan nyawa pengguna. Tambahan pula, penyelewengan ini menyebabkan ketirisan dana negara yang sepatutnya membantu golongan memerlukan.

Peraturan penting untuk diketahui

Beberapa undang-undang yang mengawal penggunaan LPG termasuk:

  • Akta Kawalan Bekalan 1961

  • Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021

  • Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

Menurut peraturan ini:

  • Melebihi 42kg LPG pada satu masa wajib dapatkan permit sah daripada KPDN.

  • Tidak boleh menjual atau memindahkan gas bersubsidi kepada pihak lain.

BACA : 9 Kesilapan Guna Gear Automatik Anda Selalu Buat

Langkah Kerajaan: OPS GASAK

Kerajaan melalui KPDN kini sedang melaksanakan OPS GASAK, iaitu operasi penguatkuasaan bagi membanteras penyalahgunaan subsidi LPG secara besar-besaran.

Banyak premis telah disiasat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang menyeleweng penggunaan gas bersubsidi termasuk rampasan tong dan penalti.

Tips untuk pengguna dan peniaga kecil

  • Gunakan LPG bersubsidi hanya untuk kegunaan yang dibenarkan.

  • Jangan simpan terlalu banyak tong LPG di premis kecil. Ia juga boleh berisiko keselamatan.

  • Jika anda peniaga kecil, sila pantau penggunaan gas dan pastikan ia tidak melebihi had yang dibenarkan.

  • Elakkan beli LPG daripada pihak tidak sah. Gunakan pengedar rasmi.

Senagai kesimpulan, subsidi LPG adalah satu bentuk bantuan kerajaan yang amat penting untuk membantu rakyat terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Namun, ia perlu digunakan secara berhemah dan bertanggungjawab. Pengguna dan peniaga kecil perlu memahami garis panduan yang ditetapkan agar tidak tersalah guna.

Dengan kerjasama semua pihak, subsidi ini dapat terus dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar memerlukannya.

Sumber : KPDN

BACA : Panas Terik, 10 Rahsia Rumah Sejuk Tanpa “Aircond”