Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki OKU Hilang Di Jerantut Ditemukan Meninggal Dunia

Azizah Najib
lelaki oku jerantut
Kredit: Bernama

Lelaki OKU Hilang Di Jerantut Ditemukan Meninggal Dunia

KUANTAN, 9 Jun (Bernama) – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lepas di Jerantut ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mayat Sabri Ismail, 36, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 10.20 pagi tadi.

Beliau berkata mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi kali terakhir dilihat iaitu di kawasan perumahan Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jerantut untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan Sabri selepas menerima laporan mengenai kehilangannya pada Sabtu.

Sumber: Bernama

BACA: Saya Lihat Rakan Tersepit, Hanya Mampu Selamatkan Diri – Mangsa

BACA: Tragedi Hitam: 5 Nahas Ngeri Bas Pernah Berlaku Di Malaysia