Pemakluman Berkenaan Kemalangan Jalan Raya Melibatkan Pelajar UPSI – UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan awal mengenai satu insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar UPSI di kawasan Gerik, Perak.
“Pihak universiti kini sedang mengambil tindakan susulan berkaitan perkara tersebut.
“Sehubungan itu, pihak universiti memohon seluruh warga UPSI dan masyarakat umum untuk bersama-sama mendoakan agar urusan ini dipermudahkan.
“Pihak UPSI telah membuka bilik gerakan dan sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 05-4507148 (Pejabat) atau 019-5719977 (Hotline),” maklum kenyataan itu.
Dalam pada itu, UPSI turut menegaskan komitmennya dalam menjaga kebajikan para pelajar dan akan memberikan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.
Pagi ini, negara dikejutkan dengan nahas menyayat hati membabitkan sebuah bas persiaran membawa pelajar UPSI dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik.
Menurut laporan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kemalangan itu melibatkan keseluruhan 48 orang mangsa.
Daripada jumlah tersebut, 13 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.
BACA: Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik, 15 Dilapor Maut
BACA: PM Anwar Arahkan KPT Selaras Bantuan Buat Keluarga Mangsa Nahas Di Gerik
BACA: Tragedi Aidiladha: Tiga Penuntut IKBN Maut Kemalangan
Sumber: UPSI/FB