Siakap Keli
Tiga Penuntut IKBN Maut Kemalangan
Gambar: PDRM via Astro AWANI

Tragedi Aidiladha: Tiga Penuntut IKBN Maut Kemalangan

Tragedi Aidiladha: Tiga Penuntut IKBN Maut Kemalangan

ALOR SETAR — Hasrat tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta jenis Naza Citra hari ini, lapor Astro AWANI.

Manakala seorang rakan mereka dilapor cedera parah dalam kemalangan yang berlaku pada jam lebih kurang 2.10 petang tadi.

Difahamkan, kemalangan berlaku di Kilometer 49.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Alor Setar menghala ke selatan.

Kesemua mangsa yang berusia 19 tahun itu dalam menaiki dua buah motosikal dan dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing.

Mayat ketiga-tiga penuntut IKBN itu telah diserah ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad memberitahu bahawa kenyataan rasmi berkaitan kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Astro AWANI 

BACA: Remaja OKU Dilapor Hilang Ketika Cari Lembu 

BACA: Peniaga Boleh Terus Guna Gas LPG Subsidi Sehingga Pindaan PPKB Dimuktamadkan – Armizan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.