Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Nancy Shukri/FB

Kemalangan Bas: KPWKM Salur Bantuan Segera Kepada 10 Pelajar UPSI Di ICU – Nancy Shukri

Hannah

Kemalangan Bas: KPWKM Salur Bantuan Segera Kepada 10 Pelajar UPSI Di ICU – Nancy Shukri

PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyampaikan bantuan segera RM1,000 tiap seorang kepada 10 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Perak, susulan kemalangan ngeri di Gerik semalam.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia merupakan sumbangan melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah “Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa” (PEKA YKN).

“Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Taiping, dan dua di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya kepada media ketika ditemui semasa merasmikan Seminar Wanita 2025 “EmpowerHER: Engage Energise Elevate”, here today.

Selain itu beliau berkata pihaknya juga akan meninjau bentuk bantuan dan sokongan yang dapat diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut dalam pelbagai aspek, termasuk menyediakan kaunselor bertauliah bagi membantu mereka dari segi psikologi.

Dalam kejadian awal pagi semalam 15 penuntut UPSI maut dan 33 orang tercedera apabila sebuah terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh pelajar universiti berkenaan berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

BACA: Bas Bawa 28 Penumpang Termasuk Pelajar UMPSA Terlibat Kemalangan

BACA: Isteri, Anak Pemandu Perodua Alza Ditempatkan Dalam Wad Sama Di Hospital Baling

BACA: Nahas Pelajar UPSI: Nurly Shahirah Hafaz 30 Juzuk, Tulis Tangan Al-Quran Demi Kuatkan Hafalan

Sumber: BERNAMA