Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
remaja maut Temerloh
Sumber: BERNAMA

Bas Bawa 28 Penumpang Termasuk Pelajar UMPSA Terlibat Kemalangan

Hannah

Bas Bawa 28 Penumpang Termasuk Pelajar UMPSA Terlibat Kemalangan

KUANTAN, 10 Jun (Bernama) — Sebanyak 28 penumpang termasuk 13 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terselamat selepas bas yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah timur tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata kejadian kira-kira 1 tengah malam itu berlaku ketika bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur menghala ke Terminal Sentral Kuantan.

“Ketika sedang bergerak di lorong kiri, bas terbabit dipercayai terlanggar belakang treler berkenaan yang sedang bergerak dari arah sama.

“Bagaimanapun, kesemua 28 penumpang, masing-masing seorang pemandu bas dan treler serta kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penumpang bas berkenaan telah dipindahkan ke bas lain untuk ke Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Nahas Pelajar UPSI: Nurly Shahirah Hafaz 30 Juzuk, Tulis Tangan Al-Quran Demi Kuatkan Hafalan

Sementara itu, Naib Canselor UMPSA Prof Dr Yatimah Alias menerusi kenyataan media mengesahkan menerima laporan sebanyak 13 pelajar universiti berkenaan yang menaiki bas awam terlibat dalam kemalangan.

Beliau berkata kesemua pelajar selamat tiba di kampus UMPSA Gambang di sini dengan menaiki bas ganti sekitar 4 pagi tadi.

“Dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), pelajar yang tiba di Masjid UMPSA Gambang disantuni serta diberikan bantuan dan sokongan segera seperti menyediakan makanan, sokongan emosi dan tempat kediaman sementara bagi tujuh orang pelajar kampus Pekan,” katanya.

Selain itu, pihak UMPSA juga menyediakan pek bantuan yang mengandungi makanan dan lain-lain keperluan segera kepada pelajar.

“UMPSA sentiasa mengambil serius tentang keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar dan mengingatkan pelajar agar sentiasa mengutamakan keselamatan walaupun di mana mereka berada,” katanya.

BACA: Adik Sanggup Tolak Tawaran Universiti Demi Tanggung Kakak Di UPSI

Sumber: BERNAMA