Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Dr Asyraf Wajdi Dusuki/FB
Tiada Kategori

Adik Sanggup Tolak Tawaran Universiti Demi Tanggung Kakak Di UPSI 

Hannah

Adik Sanggup Tolak Tawaran Universiti Demi Tanggung Kakak Di UPSI

“Adik-adik saya terpaksa tolak tawaran UMK dan UniSZA kerana nak kerja dulu. Dia cakap Kakak lah belajar dulu, kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir,” luah Nur Ain Najwa, seperti dikongsikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ain, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), merupakan salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas persiaran yang meragut 15 nyawa awal pagi semalam.

Tragedi itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampus di Tanjung Malim, Perak, dan ia telah menggemparkan seluruh negara.

BACA: Jambangan Bunga Hadiah Terakhir Adib Kepada Ibu

Dalam suasana penuh pilu di Hospital Gerik, takdir menemukan Dr Asyraf dengan Ain.

Menurut Dr Asyraf, Ain adalah anak yatim. Ayahnya, yang pernah bekerja sebagai pomen di sebuah bengkel, telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Ibunya pula sakit dan hanya mampu mengambil upah mencuci rumah-rumah jiran sebelum ini untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Lebih menyentuh hati, dua adik kembar Ain sanggup mengorbankan masa depan mereka dengan menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti semata-mata untuk membolehkan kakak mereka belajar terlebih dahulu.

“Cuba mohon MARA, tapi silap hantar borang hingga permohonan ditolak. Jadi terpaksalah mereka tolak sambung belajar,” kata Ain, seperti dikongsikan Dr Asyraf.

Terharu dengan pengorbanan tiga beradik ini, Dr Asyraf mengakui hatinya luluh dan terpanggil untuk membantu.

“Sebagai Pengerusi MARA, saya akan rasa amat berdosa jika kes-kes seperti ini MARA tak bantu. Terus saya bagi nombor telefon peribadi saya untuk dihubungi agar anak-anak yang bijak ini dapat dibantu,” tambah Dr Asyraf.

Beliau turut menegaskan bahawa kekangan kewangan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk menuntut ilmu kerana hanya ilmu mampu mengubah nasib seseorang dan keluarga.

BACA: Arwah Sempat Masak Mi Celup Untuk Keluarga – Abang Mangsa Kemalangan Bas Gerik

Dalam pada itu, Ain turut berkongsi saat-saat cemas ketika kejadian.

Suara rakan-rakan yang mengerang kesakitan masih terngiang-ngiang di telinganya, terutama yang duduk di bahagian kiri bas yang melanggar pembahagi jalan.

Justeru, Dr Asyraf menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa tragedi dan kekuatan buat ahli keluarga yang terkesan.

Semalam, negara dikejutkan dengan satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kemalangan itu melibatkan 48 orang.

Daripada jumlah itu, 13 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan.

BACA: Kenyataan Ketua Polis Perak Berhubung Nahas Bas UPSI

Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki/FB