Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
nahas bas upsi
Kredit Gambar: Bernama

Laporan Akhir: Pemanduan Laju, Kegagalan Brek Punca Nahas Bas UPSI

BERNAMA

Laporan Akhir: Pemanduan Laju, Kegagalan Brek Punca Nahas Bas UPSI

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Analisis video mendapati bas persiaran yang terlibat kemalangan maut membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun tahun lepas dianggarkan bergerak pada kelajuan kira-kira 114.7 kilometer sejam (km/j), melampaui had kestabilan selamat kenderaan bagi laluan itu.

Laporan Akhir Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan laluan di lokasi kejadian direka bentuk untuk kelajuan kira-kira 70 km/j, dengan had laju peraturan ditetapkan pada 60 km/j.

“Analisis menunjukkan bahawa bas telah bergerak pada kelajuan yang jauh melebihi kedua-dua kelajuan reka bentuk dan had laju yang dibenarkan, sekali gus melampaui had kestabilan selamat kenderaan pada laluan tersebut semasa kejadian,” menurut laporan itu.

Rakaman video daripada kenderaan awam yang berada berhampiran lokasi kejadian telah digunakan sebagai satu kaedah bebas untuk menganggarkan kelajuan bas semasa kejadian.

Laporan memaklumkan bas itu tidak dilengkapi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), Peranti Mengehad Laju (SLD) atau kamera papan pemuka kenderaan, menyebabkan tiada rakaman dalaman kenderaan tersedia.

Laporan turut menyatakan penggunaan brek secara agresif pada kelajuan tinggi menyebabkan peningkatan suhu komponen brek secara mendadak, sekali gus mengurangkan keberkesanan brek secara progresif.

Gabungan kegagalan brek dan kelajuan berlebihan itu menyebabkan bas hilang kestabilan, tergelincir dan terbalik sebelum melanggar penghadang jalan jenis W-beam dan seterusnya merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

Menurut laporan, penembusan penghadang ke dalam kabin bas dikenal pasti sebagai mekanisme utama yang meningkatkan tahap kecederaan dan kematian penumpang.

Bagaimanapun, hasil ujian toksikologi mengesahkan pemandu bas tidak berada di bawah pengaruh alkohol, dadah atau bahan terlarang ketika kemalangan berlaku.

Siasatan turut mendapati kerja penyelenggaraan bas berkenaan dijalankan oleh bengkel yang tidak tersenarai sebagai bengkel bertauliah, termasuk bagi kerja kritikal membabitkan sistem brek dan hab roda.

“Rekod Pemeriksaan Berkala Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menunjukkan bas itu lulus pemeriksaan di Puspakom Kota Bharu pada 13 April 2025 dengan kecekapan brek keseluruhan direkodkan pada 59 peratus, namun ujian statik tersebut tidak mampu mengesan potensi berlakunya fenomena brake fade dalam keadaan beban dan kelajuan tinggi,” menurut laporan itu.

Pada 9 Jun 2025, sebanyak 15 pelajar UPSI maut apabila bas yang mereka naiki dari Jerteh, Terengganu ke Kampus UPSI Tanjung Malim, Perak terbabit kemalangan dengan Perodua Alza di Kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik), Perak.