Siakap Keli
Sumber: Astro Gempak

Komposer Adinda Amiro Meninggal Dunia

Komposer Adinda Amiro Meninggal Dunia

Komposer, penulis lirik dan penyanyi terkenal, Adinda Amiro dilaporkan meninggal dunia pada malam Isnin di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Music Malaysia, Ayob Abd Majid, yang memaklumkan pemergian Allahyarham Adinda Amiro atau nama sebenarnya Saidin Omar, 66.

“Kami merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham Adinda Amiro atas pemergian arwah ke rahmatullah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam kenyataan yang sama, Ayob menyifatkan pemergian komposer yang terkenal menerusi lagu Permaidani nyanyian Aris Ariwatan itu sebagai individu yang sangat berbakat.

“Karya-karya Allahyarham merentasi masa dan menyentuh jutaan hati rakyat Malaysia. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar bagi dunia muzik dan budaya Malaysia.

“Namun, legasi seni dan suara hatinya akan terus hidup dalam lagu-lagu yang ditinggalkan.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan para solihin, dan diberikan ganjaran atas segala sumbangan seninya yang menghidupkan jiwa-jiwa insan,” katanya lagi.

Difahamkan jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sri Gombak pada pagi Selasa.

Sepanjang penglibatan dalam industri muzik tanah air, Allahyarham banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi-penyanyi popular Malaysia, dan kebanyakan karyanya kekal malar segar sehingga ke hari ini.

Antara lagu-lagu ciptaan Allahyarham yang terus dikenang dan diminati termasuklah lagu Aduhai Seribu Kali Sayang yang dinyanyikan Allahyarham Saleem Iklim, Air Mata (Lestari) dan Bukan Aku Tak Cinta (Iklim).

BACA: Honda Malaysia Umum Panggilan Balik 87,490 Unit Kenderaan

BACA: MOT Akan Laksana Pematuhan Mandatori Kenderaan Berat – Loke

BACA: Hospital Ipoh Perlu Bekalan Darah Bantu Mangsa Tragedi UPSI

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.