Siakap Keli
"Sajian Dengan Keaslian, Jadikannya Rasa Italian" Meraikan Warisan Kulinari Itali di B.I.G. Publika
Foto Kumpulan semasa majlis pelancaran “Make It Authentically, Make It Italian” di B.I.G Publika. Dari kiri ke kanan: Encik Ong Chee Chong (Ketua Pegawai Perdagangan) Encik Kok Kian Kee (Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor) Encik Ivan Tan (Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor) Dr. Angela Donvito (Pengarah Agensi Perdagangan Itali Kuala Lumpur) Cik Jessica Ong (Ketua Pegawai Operasi, Village Grocer) Cik Khor Geik Mei (Ketua Pegawai Kewangan & Pentadbiran) Encik Max Ng (Pengurus Kawasan B.I.G.)

“Sajian Dengan Keaslian, Jadikannya Rasa Italian” Meraikan Warisan Kulinari Itali di B.I.G. Publika

“Sajian Dengan Keaslian, Jadikannya Rasa Italian” Meraikan Warisan Kulinari Itali di B.I.G. Publika

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2025 – Keceriaan suasana, aroma yang memikat, dan keaslian rasa Itali kini boleh dinikmati di majlis pelancaran "Make It Authentically, Make It Italian," yang merupakan acara kolaborasi antara The Food Purveyor (TFP), Kedutaan Itali Kuala Lumpur dan Agensi Perdagangan Itali (ITA). Berlangsung di Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), Publika pada 10 Jun 2025, di mana pencinta-pencinta makanan dijemput untuk merasai sendiri kehebatan sajian Itali melalui demonstrasi masakan yang menarik, pemberian
sampel produk makanan, dan pameran barangan premium ‘Made in Italy’.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Angela Donvito, Pesuruhjaya Perdagangan bagi Agensi Perdagangan Itali, disertai dengan Encik Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor.

Para tetamu dapat merasai pengalaman menikmati kulinari asli Itali, menyaksikan demonstrasi masakan oleh cef terkemuka Itali, Stefano Criber yang menyediakan pasta dengan kepakarannya di dalam bekas keju tradisional berbentuk roda. Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai sampel hidangan Itali yang ikonik termasuklah pasta buatan sendiri, salad segar yang rangup, dan Tiramisù klasik. Kopi illy serta gelato Fabbri juga diberi secara percuma sebagai pelengkap kembara gastronomi yang diperbuat daripada bahan-bahan “Made in Italy” yang enak, berkualiti tinggi dan autentik ini.

“Warisan kulinari dan produk berkualiti dari Itali yang luar biasa ini adalah kebanggaan seluruh rakyat Itali,” tegas Dr. Angela Donvito, Pesuruhjaya Perdagangan, Agensi Perdagangan Itali, di Kuala Lumpur.

Beliau menekankan tujuan acara ini: “Pergumpulan kita di sini menggambarkan komitmen kami untuk meningkatkan pengetahuan tentang produk makanan Itali yang asli dan kualiti yang tiada tandingan. Saya berharap semua orang dapat mengambil peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman menikmati kulinari tradisi Itali.”

Ucapan oleh Encik Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor, sempena pelancaran “Buat Secara Asli, Buat Secara Itali.

Encik Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor Retail Sdn Bhd berkata, “Bekerjasama dengan Agensi Perdagangan Itali membolehkan kami memberi pelanggan kami lebih daripada sekadar produk sahaja. Kami berkongsi cerita, budaya dan pengalaman yang bermakna. Di The Food Purveyor, falsafah kami adalah makanan merupakan tali penghubung penting kepada warisan, tradisi, dan komuniti. Melalui kolaborasi ini, kami berasa teruja untuk berkongsi budaya sajian Itali dengan pelanggan-pelanggan kami, di samping memberikan mereka produk premium yang amat menitik beratkan kualiti serta kelazatan rasanya.”

Kerjasama istimewa antara ‘The Food Purveyor’ dan Agensi Perdagangan Itali ini bertujuan untuk mempromosikan warisan berharga dan hasil kulinari yang cemerlang menggunakan produk asli Itali di Malaysia.

Bergandingan, mereka memupuk penghargaan terhadap rasa yang autentik, mengekalkan tradisi, dan berkongsi kisah unik yang memberi makna sebenar, ‘Made in Italy’.

Pelbagai pilihan eksklusif produk asli Itali kini boleh didapati di Village Grocer, Ben’s Independent Grocer, The Food Merchant, dan BSC Fine Foods—untuk memberikan keaslian rasa Itali terus ke rumah anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Make It Authentically, Make It Italian, sila layari
https://villagegrocer.com.my/, https://big.com.my/ dan www.bscfinefoods.com

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.