Chong Wei Bangga Harimau Malaya Berjaya Tundukkan Vietnam
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan Harimau Malaya yang berjaya menundukkan pasukan Vietnam dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027.
Datuk Lee Chong Wei menerusi satu hantaran di media sosial juga tidak ketinggalan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia atas kemenangan cemerlang, semalam.
https://www.facebook.com/leechongweiofficial/posts/pfbid02gUwx64k26LjjnYBZbTgurGjCx71FdZcJXxv1usZ3MtUvKy4TdHhm3tRv6ZGfH1gnl?rdid=UPVEcPvPMikqtD1i#
Pada aksi di hadapan lebih 60,000 penonton semalam, Malaysia menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam dengan meledak empat gol tanpa balas hasil jaringan Joao Figueiredo pada minit ke-49, Rodrigo Holgado (‘59), Corbin Ong (‘67) dan Dion Cools (‘89).
Kemenangan itu bukan sahaja mengubat kekecewaan peminat, malah menyaksikan Malaysia merampas kedudukan teratas Kumpulan F dengan mengumpul enam mata penuh, meninggalkan Vietnam di tangga kedua dengan tiga mata.
BACA: “Tak sangka boleh kalah seteruk ini. Lawan Malaysia benar-benar susah,” – Kim Sang Sik
BACA: Santai Di Posisi, “Engineer” Steady Masak Rendang Curi Tumpuan
BACA: Jenis Penghadang Jalan Digunakan Di Luar Negara
Sumber: Lee Chong Wei/FB