Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

78 Terbunuh, 329 Cedera Dalam Serangan Udara Israel Di Tehran

Kredit: ATTA KENARE / AFP

78 Terbunuh, 329 Cedera Dalam Serangan Udara Israel Di Tehran

ISTANBUL, 13 Jun (Bernama) — Sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh manakala 329 lagi cedera dalam siri serangan udara oleh Israel yang menyasarkan ibu negara Iran, Tehran, awal pagi Jumaat, lapor media tempatan.

“Angka tidak rasmi korban akibat serangan pengganas rejim Zionis di wilayah Tehran hari ini dianggarkan 329 cedera dan 78 syahid,” lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita separa rasmi Iran, Fars.

BACA JUGA: Israel Dilapor Lancar Serangan Sasar Fasiliti Nuklear Iran

Israel melancarkan serangan berskala besar pada awal Jumaat dengan menghantar kira-kira 200 pesawat untuk menyasarkan program nuklear Iran dan keupayaan peluru berpandu jarak jauhnya. Beberapa pegawai kanan tentera dan ahli sains nuklear Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan itu.

Iran telah berikrar untuk mengambil “tindakan balas yang keras” dan menyeru agar Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan bagi menuntut Israel bertanggungjawab atas tindakannya.

Sumber: Bernama