Siakap Keli
israel serangan nuklear iran
Gambar: AFP

Israel Dilapor Lancar Serangan Sasar Fasiliti Nuklear Iran

Israel Dilapor Lancar Serangan Sasar Fasiliti Nuklear Iran

Israel dilapor telah melancarkan serangan “preemptive” ke atas Iran yang menyasarkan fasiliti nuklear dan pangkalan tentera milik negara itu, pada pagi Jumaat.

Menurut AFP, serangan tersebut berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran kemungkinan ‘konflik besar’ meletus di rantau berkenaan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, operasi ke atas kemudahan nuklear Iran di Natanz itu turut menyasarkan saintis yang bertugas di fasiliti berkenaan.

Sumber tentera Israel memberitahu, fasa pertama serangan ke atas fasiliti nuklear dan ketenteraan Iran sudah pun selesai.

Israel serang Iran, sasar fasiliti nuklear negara berkenaan

Bagaimanapun Netanyahu berkata, operasi Israel terhadap Iran akan berlangsung ‘selama mana yang diperlukan’.

Sementara itu, stesen televisyen milik Iran melaporkan bahawa letupan kedengaran di Tehran, sambil menambah kapasiti sistem pertahanan udara berada pada tahap operasi sepenuhnya.

Manakala Israel turut menyistiharkan darurat dengan Menteri Pertahanan, Israel Katz berkata Iran mungkin akan bertindak balas terhadap operasi berkenaan.

“Berikutan serangan “preemptive” ke atas Iran, serangan misil dan drone ke atas Israel dijangka akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut AFP, sumber dalam tentera Israel percaya bahawa Iran memiliki keupayaan untuk melancarkan serangan balas pada bila-bila masa.

Dalam perkembangan berbeza, harga minyak global dilapor meningkat lebih 6 peratus selepas serangan tersebut berlaku.

BACA: Sekurang-Kurang Seorang Terselamat Dalam Nahas Pesawat Air India

Sumber: AFP

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.