Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Keputusan Perbicaraan Kes Yusoff Rawther: Ini Respon Jabatan Peguam Negara

Keputusan Dalam Perbicaraan Kes Jenayah Melibatkan Muhammed Yusoff Rawther

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan media mengambil maklum dengan keputusan perbicaraan kes jenayah melibatkan Muhammed Yusoff Rawther.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi dalam keputusannya pada 12 Jun lepas telah membebaskan Yusoff Rawther daripada pertuduhan-pertuduhan terhadapnya di akhir pendakwaan.

Menurut Jabatan Peguam Negara, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dan mengambil maklum alasan yang diberikan dalam kes tersebut memandangkan tujuan sesuatu pendakwaan dijalankan adalah untuk memastikan keadilan tercapai berdasarkan bukti dan nas undang-undang.

“Sepanjang prosiding, jabatan ini telah bertindak menurut batas kebebasan pendakwaan dan proses undang-undang. Pendakwaan telah dijalankan bersasarkan penelitian secara berhati-hati terhadap bukti yang tersedia dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Jabatan ini menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat penyataan bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung keputusan yang diberikan mahkamah.

“Pentadbiran keadilan hendaklah tidak dijejaskan oleh perbicaan melalui media, sindiran awam, kedudukan dan persepsi,” katan jabatan berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, Jabatan Peguam Negara juga akan meneliti keputusan kes dan mempertimbangkan semua aspek berkenaan membuat sebarang tindakan selanjutnya.

“Jabatan ini kekal komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya menurut perlembagaan dengan berintergriti, saksama dan menghormati proses undang-undang,”.

Sumber: Jabatan Peguam Negara

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.