Siakap Keli
pelakon terlibat amang seksual
Kredit: Bernama

Pelakon Terlibat Amang Seksual Dituduh 17 Jun Ini – Polis

Pelakon Terlibat Amang Seksual Dituduh 17 Jun Ini – Polis

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) – Seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini akan dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Selasa depan (17 Jun).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata arahan tuduh ke atas suspek itu telah diperoleh daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor hari ini.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Polis Diraja Malaysia komited dalam memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa, serta menjamin ketelusan proses perundangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 4 Jun lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di negeri ini.

Sumber: Bernama

BACA: Ramai Salah Faham, Peguam Jelaskan Kenapa Tertuduh Mengaku Tak Bersalah

BACA: Kes Yusoff Rawther: PDRM Akan Teliti Penghakiman, Sedia Tambah Baik SOP Siasatan – KPN

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.