Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
iran bertindak balas israel
Kredit: AFP

Pentadbiran Pezeshkian Ikrar Iran Akan Bertindak Balas Terhadap Serangan Israel

Azizah Najib

Pentadbiran Pezeshkian Ikrar Iran Akan Bertindak Balas Terhadap Serangan Israel

TEHRAN, 13 Jun (Bernama) — Iran berikrar akan bertindak balas susulan serangan tentera Israel pada Jumaat yang mengorbankan pegawai kanan tentera serta orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak di Tehran dan beberapa bandar lain, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Dalam satu kenyataan tegas, pentadbiran Presiden Masoud Pezeshkian menyatakan bahawa Iran telah mula mengambil langkah pertahanan, politik dan perundangan bagi memastikan Israel “menyesal atas serangannya” dan tidak akan memberinya “walau sedetik ketenangan.”

“Dengan rejim yang buas seperti ini, tiada bahasa yang sesuai melainkan bahasa kekuatan,” kata kenyataan itu merujuk kepada Israel.

BACA: Israel Dilapor Lancar Serangan Sasar Fasiliti Nuklear Iran

Kerajaan Iran turut menegaskan bahawa meskipun negara itu tidak pernah memulakan peperangan sejak 200 tahun lepas, ia tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan kedaulatan dan rakyatnya.

“Penamat kepada cerita ini akan ditulis oleh Iran,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, dunia kini lebih memahami pendirian Iran berhubung haknya terhadap teknologi pengayaan, keupayaan nuklear dan peluru berpandu.

Menurut laporan media Iran, serangan Israel yang bermula awal pagi Jumaat menyasarkan lokasi ketenteraan, nuklear dan kawasan kediaman. Gambar yang disiarkan menunjukkan kediaman yang musnah di beberapa kawasan ibu negara, manakala saksi dan televisyen negara itu melaporkan kematian orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Antara yang terkorban termasuk pegawai tertinggi tentera, iaitu Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Baqeri, dan Panglima Tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami.

Sumber: Bernama