Siakap Keli
serangan israel ketua iran terkorban
Gambar: AFP

Serangan Israel: Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Terkorban

Serangan Israel: Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Terkorban

Serangan Israel ke atas fasiliti nuklear dan ketenteraan Iran pada pagi Jumaat dilapor membunuh antara pemimpin tertinggi negara berkenaan.

Menurut AFP, kematian Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Hossein Salami telah dilaporkan oleh media tempatan.

“Mejar Jeneral Hossein Salami terkorban dalam serangan Israel yang menyasarkan ibu pejabat IRGC,” lapor agensi berita tempatan, Tasnim.

Media Iran lapor Ketua IRGC terkorban dalam serangan Israel

Dalam pada itu, AFP menyebut bahawa sebuah lagi agensi berita Iran, Mehr turut melaporkan berita yang sama.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memaklumkan pihaknya telah melancarkan serangan “preemptive” terhadap fasiliti nuklear dan ketenteraan milik Iran.

Menurut Netanyahu, operasi Israel terhadap fasiliti nuklear Iran di Natanz turut menyasarkan kumpulan saintis yang bertugas di kemudahan berkenaan.

Walaupun serangan fasa pertama sudah selesai, Nentayahu menegaskan operasi terhadap Iran akan dilaksanakan selama mana yang diperlukan.

Israel isytihar darurat, percaya Iran miliki kemampuan balas serangan bila-bila masa

Dalam pada itu, Israel turut mengisytiharkan darurat selepas serangan tersebut dijalankan dan menjangkakan Iran akan bertindak balas dalam masa terdekat.

Sumber dalam tentera Israel juga percaya bahawa Iran memiliki keupayaan untuk melancarkan serangan pada bila-bila masa.

BACA: Israel Dilapor Lancar Serangan Sasar Fasiliti Nuklear Iran

Sumber: AFP

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.