Siakap Keli
gambar peribadi dalam AI
Gambar: AI/ImageFX

Ini Boleh Berlaku Selepas Korang “Upload” Gambar Peribadi Dalam AI

Ini Boleh Berlaku Selepas Korang “Upload” Gambar Peribadi Dalam AI

Zaman sekarang, tak dinafikan teknologi kecerdasan buatan atau AI (Artificial Intelligence) memang banyak membantu kehidupan seharian kita.

Tanpa kita sedar, banyak perkara yang dulunya leceh dan memakan masa, kini boleh disiapkan dalam sekelip mata, dan semuanya hanya di hujung jari.

Contohnya, bayangkan kita tengah terdesak nak guna gambar passport untuk isi borang penting atau daftar sesuatu, tapi tak sempat nak ke kedai gambar.

Dalam situasi macam ni, AI seperti ChatGPT yang ada fungsi edit gambar, boleh jadi ‘penyelamat’ anda. Mesti ramai dah tahu, kan?

Tapi, di sebalik ‘kesenangan’ ini, timbul satu persoalan besar yang semakin hangat diperdebatkan. Adakah selamat untuk kita memuat naik gambar peribadi ke dalam sistem AI?

Apa yang berlaku selepas gambar dimuat naik?

Menurut Proton Privacy, sebuah syarikat keselamatan digital yang berpangkalan di Switzerland, risiko terbesar bermula apabila gambar peribadi dimuat naik dan digunakan sebagai bahan latihan untuk sistem AI.

Ini bermakna gambar itu berkemungkinan digunakan semula tanpa kebenaran untuk menjana kandungan lain, termasuk kandungan palsu atau yang berunsur fitnah, seperti dilapor Economic Times.

“Sebaik sahaja anda memuat naik gambar ke sistem AI, anda mungkin kehilangan kawalan ke atas penggunaannya. Ia boleh digunakan untuk menghasilkan kandungan mengaibkan atau menyasarkan individu untuk tujuan gangguan,” kata Proton Privacy dalam kenyataan di platform X.

Tambah mereka lagi, banyak model AI moden memerlukan data latihan yang luas.

Dalam sesetengah kes, gambar anda atau yang menyerupai anda, boleh digunakan tanpa kebenaran.

Malah, data ini juga berisiko digunakan untuk tujuan pengiklanan tersasar atau dijual kepada pihak ketiga.

Risiko lebih besar jika libatkan kanak-kanak

Seorang aktivis AI dan penulis turut memberi amaran bahawa memuat naik gambar dan data ke dalam sistem AI bukan sahaja mendedahkan metadata. Malah, ia berpotensi membocorkan lokasi dan maklumat sensitif.

“Kalau sesuatu perkhidmatan itu percuma, maknanya andalah produknya,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa data yang dimuat naik, termasuk pemikiran, maklumat peribadi dan juga status kesihatan, boleh digunakan untuk membina profil pengguna secara menyeluruh.

Paling membimbangkan, ada trend membabitkan ibu bapa yang memuat naik gambar anak-anak mereka ke sistem AI.

Ini menimbulkan risiko keselamatan tinggi, terutama dari sudut pengecaman wajah, jejak lokasi dan pengumpulan data sensitif sejak usia muda.

Bijak guna, bijak kawal

Tidak dinafikan bahawa AI menawarkan pelbagai kemudahan luar biasa, termasuk menyunting gambar dalam masa singkat.

Namun, dalam ‘keterujaan’ menggunakan teknologi ini, kita perlu lebih bijak dan berhati-hati terhadap data peribadi yang kita kongsi.

BACA: Rugi Tak Tahu, Kita Boleh ‘Claim’ Duit Sebelum Balik Melancong Dari Thailand

BACA: Ini Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dengan Indonesia – Media Indonesia

BACA: “Keluarga Jutawan Malaysia” Ini Beli Hartanah Mewah Di Singapura

Sumber: Economic Times

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.