Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rugi Tak Tahu, Kita Boleh ‘Claim’ Duit Sebelum Balik Melancong Dari Thailand
Bila sebut sahaja pasal melancong, terutamanya ke luar negara macam Thailand, memang seronok.
Tapi dalam masa yang sama, kita juga kena bersedia dari segi kewangan. Duit pengangkutan, duit makan, duit shopping dan macam-macam lagi.
Nak lebih selesa, lebih puas hati, memang perlu keluar duit lebih. Mungkin, sebab itulah ramai yang fikir dua tiga kali sebelum melancong.
Tapi, ramai tak tahu, sebenarnya ada cara untuk dapat balik sebahagian duit yang kita dah belanjakan di Thailand.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi Threads @shfhsam baru-baru ini.
Wanita ini dipercayai melancong ke Thailand dan dapat ‘claim’ balik cukai yang dikenakan. Menarik, kan?

Ramai pelancong tak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh ‘claim’ semula cukai barangan dan perkhidmatan (Value Added Tax – VAT) yang dikenakan di Thailand.
Cukai VAT di Thailand dikenakan sebanyak 7 peratus terhadap pembelian barangan.
Jika anda membeli barangan di kedai yang berdaftar dengan program “VAT Refund for Tourists”, anda sebenarnya layak ‘claim’ cukai VAT sebelum naik kapal terbang balik ke Malaysia.
Untuk tuntut pemulangan VAT, anda mestilah:
Bukan warganegara Thailand
Tiada alamat kediaman tetap di Thailand
Bukan kru penerbangan yang sedang bertugas
Berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Thailand
Membeli barang dari kedai yang ada tanda “VAT Refund for Tourists”
Boleh tunjuk barang dan dokumen lengkap kepada pegawai kastam sebelum daftar masuk
Untuk tuntut VAT refund, anda perlu:
1. Barang dibeli dari kedai berdaftar “VAT Refund for Tourists”
2. Jumlah pembelian sekurang-kurangnya 2,000 baht sehari dari satu kedai
3. Buat pembelian dalam tempoh 60 hari sebelum anda pulang
4. Minta borang “VAT Refund Application for Tourists” (P.P.10) dan resit asal semasa hari pembelian (termasuk pasport)
5. Tunjuk barang fizikal & borang P.P.10 kepada pegawai kastam sebelum check-in
6. Untuk barangan mewah (seperti emas, jam tangan, kaca mata, barang kemas bernilai lebih 10,000 baht), anda perlu bawa secara ‘hand carry’ dan tunjuk sekali lagi di kaunter khas selepas imigresen
Anda boleh tuntut bayaran semula VAT melalui:
1. Tunai (dalam mata wang Baht) – hanya jika jumlah refund kurang daripada 30,000 baht
2. Bank draf – dalam USD, EURO, GBP atau YEN
3. Pemindahan ke akaun kad kredit (VISA, Mastercard, JCB)
Jika jumlah refund melebihi 30,000 baht, hanya bank draf atau pemindahan ke kad kredit dibenarkan. Kos pemindahan dan caj pos akan ditolak daripada jumlah tuntutan.
Tuntutan boleh gagal jika:
Anda tak keluar dari lapangan terbang antarabangsa
Barang tak dibawa keluar dari Thailand
Barang tak diperiksa pegawai kastam
Tak ada borang P.P.10 atau resit asal
Nilai pembelian tak cukup 2,000 baht sehari per kedai
Beli dari kedai yang tak sertai program VAT refund
Untuk info lanjut pasal VAT refund, anda boleh klik di sini.
BACA: Rakyat Malaysia Paling Banyak Melancong Ke Thailand
BACA: “Keluarga Jutawan Malaysia” Ini Beli Hartanah Mewah Di Singapura
BACA: Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya