Siakap Keli
Ucap tolong terima kasih kepada chatgpt
Gambar: AI/ChatGPT

Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya

Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya

Dalam dunia yang serba moden ini, ramai antara kita sudah mula menjadikan chatbot seperti ChatGPT sebagai ‘penolong peribadi’ harian.

Tak dinafikan, ia sangat berguna sama ada untuk menulis emel, mencipta idea atau mendapatkan jawapan segera.

Selain itu, ramai juga yang menjadikannya ‘rakan berbual’, sama seperti berbual dengan manusia.

Namun, sesuatu yang mungkin tidak disedari ramai ialah kesan penggunaan frasa-frasa pendek apabila berkomunikasi dengan AI.

Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, mendedahkan bahawa penggunaan ucapan seperti “Tolong” dan “Terima kasih” kepada model AI seperti ChatGPT memberi kesan yang besar.

Menurutnya, frasa ringkas itu sahaja telah menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar dari segi kos elektrik. Bahkan, tambah beliau, jumlah kerugian itu mencecah “puluhan juta dolar”.

Beradab dengan AI, tapi bumi jadi korban?

Ramai antara kita mungkin tidak sedar, setiap kali kita bertanya atau berbual dengan AI seperti ChatGPT, sebenarnya kita sedang menggunakan tenaga elektrik yang agak banyak.

Satu kajian oleh The Washington Post bersama penyelidik dari University of California mendapati satu e-mel ringkas menggunakan AI (sekitar 100 patah perkataan) boleh memakan 0.14 kilowatt-jam (kWh) tenaga elektrik.

Jumlah ini cukup untuk menyalakan 14 biji lampu LED selama satu jam.

Bayangkan berjuta-juta pengguna di seluruh dunia yang menggunakan AI setiap hari, menghantar beribu-ribu pertanyaan, menulis teks, menjana imej dan pelbagai lagi.

Maka, jumlah tenaga yang digunakan secara keseluruhan adalah sangat besar dan membebankan.

AI ‘makan’ tenaga dunia

Menurut data terkini, pusat data yang menjanakan kuasa untuk AI kini menyumbang hampir 2 peratus daripada keseluruhan penggunaan tenaga di seluruh dunia.

Bahkan, angka ini dijangka akan terus meningkat apabila semakin ramai orang menggunakan AI untuk pelbagai tujuan.

Apabila ribuan atau jutaan orang berbuat perkara sama setiap hari, beban elektrik dan kos pengkomputeran melonjak secara mendadak.

Hal ini seterusnya menyebabkan berlakunya pembaziran tenaga yang nyata dan peningkatan pelepasan karbon.

BACA: Penyokong Indonesia Potong Jaring, Cungkil Rumput Di Stadium GBLA

Sumber: Futurism

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.