Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Potong Jaring Cungkil Rumput Stadium Indonesia
Gambar: Video viral

Penyokong Indonesia Potong Jaring, Cungkil Rumput Di Stadium GBLA

Hannah

Penyokong Indonesia Potong Jaring, Cungkil Rumput Di Stadium GBLA

Polis Indonesia telah menahan dua individu yang terlibat dalam kejadian merosakkan kemudahan di Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA) selepas perlawanan Liga 1 antara Persib Bandung menentang Persis Solo pada Sabtu lalu (24 Mei).

“Seorang suspek telah memotong jaring gawang manakala seorang lagi suspek didapati mencungkil rumput atau tanah di tengah padang,” jelas Ketua Polis Bandar Raya Bandung, Kombes Pol Budi Sartono, seperti dilapor CNN Indonesia.

Menurut Budi, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 406 dan 170 Kanun Keseksaan Indonesia, yang melibatkan perbuatan merosakkan harta benda awam.

Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan dan akan diperluas bagi mengenal pasti kemungkinan penglibatan individu lain.

Selain itu, pihak polis juga akan bekerjasama dengan Pemerintah Kota Bandung (Pemkot) yang merupakan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan stadium GBLA.

“Kami akan bekerjasama dengan Pemkot kerana mereka adalah pihak yang menguruskan stadium ini. Kami mahu memastikan insiden seperti ini tidak berulang,” ujar Budi lagi.

Untuk info, perlawanan antara Persib dan Persis merupakan aksi terakhir musim 2024/2025 bagi pasukan Persib Bandung yang telah muncul sebagai juara Liga 1.

Namun, suasana meraikan kejayaan tersebut berubah menjadi kecoh selepas ribuan penyokong meluru masuk ke padang sebaik sahaja wisel penamat ditiup.

Malah, mereka turut melakukan kerosakan seperti memotong jaring gol dan mencabut rumput padang.

Tindakan tersebut mencetuskan kritikan hebat di media sosial dan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Pihak berkuasa kini memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbukti bersalah, demi menjaga maruah sukan dan fasiliti awam.

Sebelumnya, kejayaan Persib Bandung mencuri perhatian dan mendapat pujian daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT).

BACA: Alex Ferguson Pernah ‘Naik Angin’, Pemain United Tak Layan Peminat

Sumber: CNN Indonesia