Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Trump Beri Amaran “Musibah” Berlaku Jika Iran Serang AS
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran keras kepada Iran bahawa negara itu akan berdepan “kekuatan penuh” tentera Amerika sekiranya melakukan sebarang serangan terhadap AS.
Kenyataan tegas itu dibuat selepas serangan udara Israel ke atas beberapa fasiliti nuklear dan perisikan di Tehran sejak Jumaat lalu, yang menurut laporan media Iran telah mengorbankan puluhan nyawa termasuk komander tentera kanan dan saintis atom.
Walaupun Trump mengakui bahawa beliau mengetahui lebih awal mengenai operasi ketenteraan Israel, beliau menegaskan pada Ahad bahawa AS langsung tidak terlibat dalam serangan tersebut.
Trump turut menambah bahawa konflik yang berlaku antara Iran dan Israel boleh dihentikan dengan mudah melalui satu perjanjian damai.
“Kita boleh capai perjanjian antara Iran dan Israel dengan mudah, dan tamatkan pertumpahan darah ini,” tegasnya.
Sebelum ini, pada Jumaat, Trump menyeru agar Tehran mempertimbangkan untuk membuat perjanjian, atau bersedia menghadapi serangan lebih kejam daripada Israel.
Untuk rekod, semasa pentadbiran Trump pada 2018, beliau telah menarik AS keluar daripada perjanjian nuklear penting dengan Iran yang dirunding di bawah pentadbiran Barack Obama, serta mengenakan semula sekatan ke atas Tehran.
BACA: 8 Terbunuh, Lebih 130 Cedera Dalam Serangan Iran Ke Atas Israel
Sumber: AFP