Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nahas Gerik: Lesen PSV Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Hannah
nahas gerik
Gambar: BERNAMA

Nahas Gerik: Lesen PSV Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah digantung serta-merta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Menurut kenyataan JPJ, tindakan itu diambil di bawah peruntukan Seksyen 56(4), Akta Pengangkutan Jalan 1987 , sementara siasatan lanjut dijalankan berhubung kejadian yang berlaku.

“JPJ turut membuka kertas siasatan terhadap pemilik syarikat pengendali kenderaan terbabit, termasuk syarikat yang menerima pajakan permit operasi bas berkenaan.

“Sebagai langkah proaktif demi menjaga kepentingan awam dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya, penggantungan lesen ini akan kekal berkuat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan,” maklum JPJ.

Dalam pada itu, JPJ turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya, selain berpegang teguh kepada prinsip keselamatan sebagai keutamaan utama.

BACA: Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik, 15 Dilapor Maut

BACA: Nahas Gerik: Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian 15 Penuntut UPSI

BACA: Nahas Gerik: Laporan Awal Teknikal Puspakom Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

Sumber: JPJ