Siakap Keli
laporan awal nahas bas
Gambar: BERNAMA

Nahas Gerik: Laporan Awal Teknikal Puspakom Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

Nahas Gerik: Laporan Awal Teknikal Puspakom Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

Laporan awal teknikal yang dikeluarkan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mendapati tiada bukti kegagalan sistem mekanikal pada bas persiaran yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, Perak pada 9 Jun lalu.

“Berdasarkan laporan awal teknikal yang disediakan oleh Puspakom, keadaan fizikal bagi brek bas, kesemua brake lining dan brake drum bagi semua gandar masih berada di dalam keadaan yang memuaskan.

“Tidak terdapat sebarang ketidakseragaman pada brake drum mahupun penipisan pada brake lining.

“Tiada petunjuk kegagalan mekanikal pada aspek-aspek ini yang boleh dikaitkan secara langsung sebagai punca kemalangan,” menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

Tambah MOT, pemeriksaan terhadap tayar pula menunjukkan ketebalan bunga tayar masih berada dalam tahap selamat dan mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tidak hanya itu, komponen stereng dan sistem suspensi bas juga didapati dalam keadaan baik.

“Oleh yang demikian, kemungkinan besar kemalangan berlaku berpunca dari faktor-faktor lain seperti faktor manusia, keadaan jalan dan sebagainya,” jelas MOT.

Justeru, MOT memaklumkan bahawa langkah-langkah penambahbaikan akan dipertimbangkan selepas laporan akhir siasatan dikeluarkan bagi memastikan keselamatan jalan raya terus dipertingkatkan.

MOT juga menegaskan bahawa keselamatan pengguna jalan raya kekal sebagai keutamaan utama kerajaan.

“Penguatkuasaan terhadap pematuhan piawaian keselamatan, kelayakan pemandu, dan pemantauan operasi syarikat pengangkutan akan terus diperketat secara berterusan,” tambah MOT.

BACA: Nahas Gerik: Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian 15 Penuntut UPSI

BACA: Nahas Gerik: JPJ Akan Buka Kertas Siasatan Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah

BACA: Nahas Bas Di Gerik: Permit Pengendali Bas Persiaran Dibatal Serta-merta – Loke

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.