Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
amaran israel
Gambar: AP via Astro Awani

Israel Beri ‘Amaran’ Kosongkan Daerah 3, Tehran

Hannah

Israel Beri ‘Amaran’ Kosongkan Daerah 3, Tehran

Tentera Israel telah mengarahkan penduduk di Daerah 3, Tehran, kawasan yang menempatkan beberapa pejabat kementerian dan kedutaan asing, supaya segera mengosongkan kawasan itu berikutan serangan udara baharu yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.

Menurut laporan portal Anadolu Agency (AA), Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan serangan terhadap beberapa struktur ketenteraan milik Iran dalam tempoh beberapa jam akan datang.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan dalam bahasa Parsi, IDF menjelaskan bahawa operasi ketenteraan tersebut akan diteruskan di seluruh kawasan Tehran, sebagaimana yang telah dilakukan sejak beberapa hari lalu.

“Justeru, penduduk diminta berwaspada dan meninggalkan kawasan terlibat kerana kehadiran mereka dikhuatiri mengundang risiko kepada keselamatan nyawa masing-masing,” kata kenyataan itu di sini, pada Isnin.

Arahan pemindahan ini merupakan yang pertama kali dikeluarkan kepada penduduk Tehran sejak tercetusnya ketegangan terbaharu susulan siri serangan balas antara Israel dan Iran yang bermula pada Jumaat lalu.

Iran beri respon balas, minta penduduk Tel Aviv berpindah

Tidak lama selepas amaran tersebut dikeluarkan, Iran turut memberi respon.

Menurut laporan Reuters, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memberi amaran kepada penduduk di Tel Aviv supaya segera berpindah kerana beberapa serangan juga akan dilancarkan ke atas bandar itu.

Ketegangan antara kedua-dua negara meningkat selepas Israel melancarkan serangan udara serentak ke atas beberapa lokasi penting di Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear.

Susulan itu, Tehran membalas dengan pelancaran peluru berpandu ke arah Israel.

Pihak berkuasa Israel mendakwa sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera akibat serangan peluru berpandu Iran sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, pihak berkuasa Iran pula memaklumkan bahawa serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 224 nyawa dan mencederakan lebih 1,000 orang di negara itu.

BACA: Teksi Terbang Indonesia Dijangka Jalani Ujian Penerbangan Pertama Pada 2026

Sumber: Astro Awani