Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Kura-Kura Gergasi Galapagos Rai Ulang Tahun Ke-135 & Hari Bapa Pertama Di Zoo
Seekor kura-kura tertua di Zoo Miami menyambut dua peristiwa istimewa serentak pada Ahad lalu, iaitu ulang tahun kelahirannya yang ke-135 dan Hari Bapa pertamanya.
Kura-kura Galapagos seberat 234 kilogram yang dikenali sebagai “Goliath” telah menjadi bapa buat kali pertama awal bulan ini, menurut kenyataan pihak Zoo Miami.
Daripada lapan biji telur yang ditelurkan pada 27 Januari lalu, satu daripadanya berjaya menetas pada 4 Jun.
Ini bukan sahaja anak pertama Goliath, malah kali pertama spesies reptilia terancam ini berjaya ditetaskan di Zoo Miami.
Populasi kura-kura Galapagos pernah merosot teruk sebelum abad ke-20 akibat eksploitasi manusia dan kemasukan spesies asing ke Kepulauan Galapagos.
Kini, perubahan iklim dan kehilangan habitat menjadi ancaman utama terhadap kelangsungan spesies ini.
Menurut rekod rasmi, Goliath dipercayai menetas di Pulau Santa Cruz, Galapagos antara tahun 1885 hingga 1890.
Kepulauan tersebut terletak di Lautan Pasifik berhampiran garisan khatulistiwa, beberapa ratus batu dari tanah besar Ecuador.
Goliath mula menetap di Zoo Bronx pada 1929 sebelum dipindahkan ke Zoo Miami pada 1981.
Sepanjang berada di Zoo Miami, dia telah dipadankan dengan beberapa betina, namun tidak pernah menghasilkan anak sehinggalah kini.
Ibu kepada anak sulung Goliath, seekor kura-kura betina bernama “Sweet Pea”, dianggarkan berusia antara 85 hingga 100 tahun.
Kedua-dua ibu bapa dilaporkan berada dalam keadaan sihat di habitat pameran mereka.
Anak kura-kura yang baru menetas juga menunjukkan perkembangan baik di dalam kandang khas.
Menurut pakar, anak kura-kura Galapagos di habitat liar biasanya membesar tanpa penjagaan ibu bapa.
BACA: Lelaki Kongsi Detik Cemas Tolong Kanak-Kanak Hilang Di Mall
Sumber: ABC News