Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kanak-kanak hilang
Kredit: @cyonesyazwan007 via TikTok
Tiada Kategori

Lelaki Kongsi Detik Cemas Tolong Kanak-Kanak Hilang Di Mall

Siti Nur Ain Natasya

Lelaki Kongsi Detik Cemas Tolong Kanak-Kanak Hilang Di Mall

Bagi mana-mana ibu bapa, kehilangan anak di tempat awam adalah mimpi paling buruk. Sekelip mata sahaja, anak yang tadi berada di sisi boleh hilang tanpa jejak.

Buat si kecil pula, terpisah dari ibu bapa di kawasan asing tentu mengundang ketakutan yang luar biasa.

Itulah yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang lelaki berkongsi pengalaman menyentuh hati di TikTok selepas membantu seorang kanak-kanak perempuan yang sesat di sebuah mall.

“Lama perhati dia ulang alik, terpinga-pinga sorang-sorang”

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan menyedari kehadiran seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan ke hulu ke hilir di hadapan sebuah kedai dengan wajah keliru.

Melihat keadaan itu, dia bertindak pantas dan memimpin kanak-kanak itu masuk ke dalam kedai untuk menenangkannya.

“Terus ambil dia pimpin masuk ke kedai, waktu ni dia mula nak nangis,” jelasnya.

Tambah lelaki tersebut, dia cuba untuk menyuruh kanak-kanak itu duduk di atas sofa yang terdapat di dalam premis, namun kanak-kanak itu menolak.

Menurutnya, tindakan itu mungkin hasil didikan ibu bapanya yang mengingatkan agar tidak mengikut orang yang tidak dikenali.

“Suruh dia duduk di sofa situ. Dia geleng-geleng kepala maksuf tak mau. Bagus didikan anak ni.

“Waktu ni aku cuba tenangkan dia sebab nampak air mata dia mengalir, tapi tak menangis. Aku pula yang mula panic,” tambahnya lagi.

Tidak lama kemudian, seorang wanita muncul dan terus memeluk anaknya erat.

Rupa-rupanya, si ibu hanya ke tandas sebentar dan tanpa sengaja meninggalkan anaknya di luar buat seketika.

“Kalau macam ni, aku pun nak sesat…”

Video itu pantas mendapat perhatian warganet yang memuji tindakan lelaki berkenaan kerana membantu tanpa ragu-ragu.

Ramai juga meluahkan rasa lega melihat si ibu tidak memarahi anaknya, sebaliknya terus memeluk dan menenangkan.

“Bagus mak dia peluk tenangkan dia. Ada setengah mak pernah nampak marah-marah anak dia. Dia yang lalai pergi marah anak pulak hilang,”

“Jangan salahkan mak dia tau korang. Mungkin mak dia betul-betul terlupa anak kat luar tu. Sebab dah tak tahan sangat nak pergi tandas. Tak ada mak yang tak sayangkan anak dia,”

“Anak aku sekarang 6 tahun tapi masuk tandas, aku usung dia masuk sekali. Suruh pusing depan jangan tengok,”

“Aku dulu bawa masuk sekali dalam jamban. Suruh dia pusing tengok pintu sampai mak siap,”

“Nak hilang jugak. Bagitau mall mana nak datang,”

“Kat mana ni? Budak umur 28 tahun nak hilang jugak ni,”

BACA: Pesawat Air India Patah Balik Ke Hong Kong Tidak Lama Selepas Berlepas

BACA: Mudah Nak Guna, Wanita Kongsi Petua Unik Simpan Lengkuas

BACA: Cuci Hidung Guna Air Paip Dicemari Amoeba, Wanita Meninggal Dunia

Sumber: @cyonesyazwan007 via TikTok