Media Antarabangsa Dakwa Vietnam ‘Buru’ Lebih 100 Pemain Warisan
Selepas kekalahan memalukan kepada Malaysia dalam aksi Kumpulan F, kempen Kelayakan Piala Asia 2027 baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dipercayai kini menyenaraikan lebih 100 pemain warisan Vietnam yang beraksi di luar negara, khususnya di Eropah.
Langkah ini dikatakan sebagai usaha membina semula kekuatan skuad kebangsaan negara itu yang kini dilihat semakin ketinggalan berbanding jiran serantau seperti Indonesia dan Malaysia yang lebih aktif mengintegrasikan bakat warisan ke dalam pasukan masing-masing.
Menurut laporan media tempatan, senarai pemain warisan tersebut dikemaskini oleh pasukan teknikal VFF dan merangkumi pemain muda berusia bawah 20 tahun sehinggalah kepada mereka yang kini sudah beraksi di liga utama Eropah.
Ketua jurulatih baharu Vietnam, Kim Sang-sik, juga dilaporkan telah mula memantau dan berhubung dengan beberapa pemain dalam senarai tersebut untuk ditawarkan menyertai skuad kebangsaan.
Bagaimanapun, proses merekrut pemain warisan ini bukanlah mudah.
Undang-undang Vietnam menetapkan bahawa pemain warisan perlu beraksi dalam liga domestik terlebih dahulu sebelum dibenarkan menukar kerakyatan dan menyertai pasukan kebangsaan.
Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai nama-nama pemain yang akan dipanggil.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid06ezYxEwp5VrxiHv7CDizJJei3s6KsuSYRNqYDhE1y5B3adPtz9sGiRKvBAA27Erml&id=61551891938348&rdid=onATyP9Gu2uMVkHN#
BACA: “Tak sangka boleh kalah seteruk ini. Lawan Malaysia benar-benar susah,” – Kim Sang Sik
BACA: Ini Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dengan Indonesia – Media Indonesia
BACA: Ini Jadi Kalau Malaysia Lawan Indonesia – Pengulas Vietnam
Sumber: Seasia goal/FB