Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

KUALA LUMPUR, 18 JUN 2025 – Bank Rakyat baru-baru ini telah memperkenalkan produk terbaharunya, Pembiayaan Peribadi-i Swasta (InstaCash), sebagai satu lagi inisiatif untuk menyediakan kemudahan pembiayaan peribadi patuh Syariah yang mudah, pantas dan inklusif, khusus kepada golongan pekerja sektor swasta.
InstaCash ini dilancarkan pada 16 Jun 2025 dan kemudiannya diperkenalkan kepada pihak media dalam Sesi Bersama Media yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat sebagai sebahagian daripada komitmen Bank dalam memperluaskan akses kepada penyelesaian kewangan yang menyeluruh dan berlandaskan prinsip kewangan Islam.

Menurut Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Khairudin Abdul Rahman, Kami percaya bahawa InstaCash bukan sahaja akan memperkasakan pelanggan dari segi keperluan kewangan harian mereka, malah turut mencerminkan iltizam kami untuk memperluaskan inklusi kewangan kepada pekerja sektor swasta di seluruh negara.
“Kami di Bank Rakyat percaya bahawa setiap individu wajar diberi peluang untuk mencapai kesejahteraan kewangan, tanpa mengira latar belakang pekerjaan. InstaCash diperkenalkan sebagai penyelesaian inklusif yang menekankan proses permohonan yang ringkas, telus dan efisien,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian.

InstaCash menawarkan kelulusan pembiayaan segera dalam tempoh 24 jam, jumlah pembiayaan sehingga RM50,000, dokumen yang ringkas dan mudah seperti slip gaji dan penyata KWSP, kadar keuntungan yang kompetitif serta proses permohonan yang mudah.
Selain itu, InstaCash adalah sebahagian daripada aspirasi Bank Rakyat untuk menyokong ekonomi digital yang progresif serta menyediakan penyelesaian kewangan yang mampan kepada orang ramai yang mana permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi platform BRICK di https://brick.bankrakyat.com.my.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau melayari www.bankrakyat.com.my. Orang ramai juga digalakkan mengikuti saluran media sosial rasmi Bank Rakyat untuk perkembangan terkini mengenai produk dan program yang ditawarkan.