Siakap Keli
Dari kiri ke kanan: James Tung, Pengarah Urusan, Ngong Ping 360 Limited; Alexander Wassermann, Ketua, Hotel & Pangsapuri Servis, Kumpulan Miramar; Liew Chian Jia, Pengarah Serantau Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB); Mark Bannon, Pengarah Operasi, Kowloon Shangri-La dan Abdul Rehman Ansari, Pemegang Amanah, The Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong
Dari kiri ke kanan: James Tung, Pengarah Urusan, Ngong Ping 360 Limited; Alexander Wassermann, Ketua, Hotel & Pangsapuri Servis, Kumpulan Miramar; Liew Chian Jia, Pengarah Serantau Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB); Mark Bannon, Pengarah Operasi, Kowloon Shangri-La dan Abdul Rehman Ansari, Pemegang Amanah, The Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong

Hong Kong Tersenarai 3 Teratas Bandar Mesra Muslim Bukan Muslim

Hong Kong Tersenarai 3 Teratas Bandar Mesra Muslim Bukan Muslim

Kuala Lumpur, 18 June 2025 – Hong Kong kini semakin menyerlah sebagai destinasi mesra Muslim yang selamat, mampu milik dan mesra pengunjung, terutama bagi pelancong Muslim dari Asia Tenggara dan seluruh dunia. Dalam Global Muslim Travel Index (GMTI) 2025 oleh CrescentRating (CR) dan MasterCard, Hong Kong menduduki tempat ketiga dalam kalangan destinasi bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) untuk pelancongan mesra Muslim dan telah diiktiraf sebagai Destinasi Mesra Muslim Paling Berpotensi Tahun Ini. Pengiktirafan ini adalah berdasarkan prestasi sebenar destinasi dalam indeks tersebut. 

Mengukuhkan lagi kedudukannya, Hong Kong juga berada di tempat kedua dunia dalam kategori Destinasi Pelancongan Mesra Muslimah (Bukan OIC) dan muncul sebagai destinasi nombor satu dalam sub-indeks baharu iaitu Destinasi Pelancongan Boleh Akses dan Mesra Muslim (Bukan OIC). Ini mencerminkan usaha berterusan Hong Kong untuk menjadikan pelancongan lebih inklusif dan mudah diakses oleh pelancong Muslim dari pelbagai latar belakang dan keperluan. Semua anugerah ini diberikan berdasarkan prestasi tahunan dalam GMTI, sekali gus menyerlahkan kepimpinan dan komitmen Hong Kong dalam memajukan pelancongan mesra Muslim.

Dari kiri ke kanan: Umair Hameed, Vice President of Products and Solutions, Southeast Asia, Mastercard; Liew Chian Jia, Regional Director of Southeast Asia, Hong Kong Tourism Board (HKTB); and Fazal Bahardeen, CEO of CrescentRating & HalalTrip Dalam gambar: Hong Kong, China menerima anugerah Most Promising Muslim-friendly Destination of the Year

Seiring dengan pengiktirafan yang semakin meningkat ini, ketibaan pelancong dari Malaysia ke Hong Kong meningkat sebanyak 9.8% tahun ke tahun pada suku pertama 2025, dengan peningkatan penginapan semalaman sebanyak 4.6% — satu petunjuk jelas terhadap permintaan yang semakin tinggi untuk tawaran mesra Muslim di Hong Kong .Bagi mengukuhkan lagi komitmennya, beberapa premis di Hong Kong turut menerima pengiktirafan atas kecemerlangan mereka dalam mempertingkatkan pengalaman pelancongan Muslim, termasuk:

  • Hotel Mesra Muslim Terbaik Tahun Ini: Kowloon Shangri-La, Hong Kong
  • Hotel Mesra Muslim Terbaik Tahun Ini: The Mira Hong Kong
  • Tarikan Mesra Muslim Terbaik Tahun Ini: Ngong Ping 360 Limited
  • Pusat Konvensyen & Pameran Mesra Muslim Terbaik Tahun Ini: Hong Kong Convention and Exhibition Centre

Hong Kong terus memperkukuh komitmennya terhadap pelancongan yang inklusif dan peka terhadap keperluan halal, diterajui oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) dengan sokongan kerajaan. Usaha ini termasuk menambah bilangan hotel yang mengambil bahagian dalam akreditasi CR, yang menilai perkhidmatan utama mesra Muslim seperti ketersediaan makanan halal dan kemudahan solat.

Pada masa yang sama, bandar ini juga giat memperluas akses kepada restoran halal yang diperakui dan pengalaman gaya hidup yang memenuhi kehendak pelancong Muslim moden. Kini, terdapat sebanyak 193 restoran yang diperakui halal dan dimiliki Muslim, manakala 61 hotel telah menerima penarafan akreditasi daripada CR — satu bukti kukuh terhadap ketersediaan kemudahan mesra Muslim di hotel-hotel di Hong Kong. 

Cik Liew Chian Jia, Pengarah Serantau Asia Tenggara bagi HKTB berkata, “Sejak inisiatif mesra Muslim kami dilancarkan, HKTB telah melihat peningkatan minat dan penyertaan dalam program akreditasi CR dalam kalangan pihak berkepentingan di Hong Kong. Bagi menyokong inisiatif ini di rantau Asia Tenggara, kami telah melancarkan kempen khas bertajuk Jelajah Hong Kong yang mengetengahkan pengalaman mesra Muslim untuk memudahkan perancangan perjalanan. Kami akan terus berusaha untuk memperkukuh kedudukan Hong Kong sebagai destinasi pilihan yang mesra Muslim.”

Jelajah Hong Kong dengan Pengalaman Mesra Muslim yang Mampu Milik Kowloon & Tsim Sha Tsui

Di tengah-tengah Kowloon, pelancong Muslim boleh menikmati gabungan harmoni antara kemudahan spiritual, taman hijau, tarikan budaya, dan citarasa tempatan. Mulakan perjalanan anda di Kowloon Mosque and Islamic Centre, masjid terbesar di Hong Kong yang bukan sahaja menyediakan ruang solat yang tenang, malah menjadi mercu tanda penting bagi komuniti Muslim tempatan.

Hanya beberapa langkah dari situ, Kowloon Park menawarkan keindahan alam semula jadi yang menyegarkan, sesuai untuk bersiar-siar atau meluangkan masa bersendirian. Jalan Nathan Road, yang dikenali sebagai “Golden Mile,” dipenuhi kedai mesra bajet, makanan jalanan dan suasana bandar yang bertenaga.

Untuk pemandangan menakjubkan latar langit bandar, kunjungi Tsim Sha Tsui Promenade dan Avenue of Stars untuk menikmati panorama indah Victoria Harbour. Lengkapkan pengalaman anda di kafe halal seperti Chrisly Café dan Marouf & Puff Bake di Tsim Sha Tsui, yang menyajikan pastri dan manisan halal — sesuai untuk rehat tengah hari atau dibawa pulang.

Mong Kok & Yau Ma Tei

Di kawasan meriah Mong Kok dan Yau Ma Tei, pelancong akan menemui gabungan dinamik antara budaya tempatan, perniagaan dan sajian kulinari — semuanya dalam jarak berjalan kaki. Ladies Market di Mong Kok wajib dikunjungi untuk pemburu tawaran menarik, menampilkan pelbagai barangan seperti aksesori fesyen, hijab dan cenderahati.

Tidak jauh dari situ, pelancong Muslim boleh menjamu selera di restoran halal seperti Lady 13 Kitchen, terkenal dengan hidangan gaya Cina yang menyelerakan. Apabila malam menjelma, Temple Street Night Market mula hidup dengan aktiviti jual beli dan persembahan jalanan. Kawasan ini menyajikan suasana sebenar kehidupan jalanan Hong Kong sambil menepati keperluan pelancong Muslim dengan kemudahan yang mudah dicapai.

Ocean Park Hong Kong

Bagi keluarga yang mencari keseimbangan antara keseronokan, pendidikan dan kemudahan mesra Muslim, Ocean Park Hong Kong merupakan destinasi yang menonjol. Taman tema ikonik ini menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk semua peringkat umur, termasuk pameran Amazing Asian Animals yang menampilkan panda gergasi, panda merah dan hidupan liar Asia yang lain dalam habitat direka khas.

Pengalaman menyeronokkan diteruskan di Marine World yang menampilkan akuarium mengagumkan dan pertunjukan marin yang interaktif. Bagi pencinta adrenalin, The Summit menawarkan roller coaster serta pemandangan menakjubkan pesisir selatan Hong Kong. Dengan pilihan makanan halal seperti di Cafe Ocean dan kemudahan solat di lokasi, Ocean Park memastikan pengalaman yang lancar dan menyeronokkan untuk seisi keluarga Muslim — menjadikannya salah satu tarikan halal mesra keluarga terbaik di Hong Kong.

Central & Victoria Peak

Lawatan ke Hong Kong pastinya tidak lengkap tanpa menerokai kawasan meriah Central dan keindahan puncak Victoria Peak. Mulakan perjalanan anda di Central, di mana bangunan pencakar langit moden berpadu dengan budaya jalanan kreatif. Jangan lupa singgah bergambar di mural seni jalanan berwarna-warni yang tersembunyi di lorong-lorong kecil.

Hanya beberapa langkah dari situ, pengunjung Muslim boleh menikmati snek manis di PIN, yang terkenal dengan pencuci mulut berinspirasikan tempatan dan mesra halal. Seterusnya, naik ke The Peak Tower, di mana Sky Terrace 428 menawarkan pemandangan panoramik memukau latar langit dan pelabuhan Hong Kong. Laluan ini mudah diakses melalui pengangkutan awam dan menggabungkan budaya, makanan serta pemandangan bertaraf dunia, sesuai untuk pelancong dari semua peringkat umur.

Landskap Pemakanan Halal yang Semakin Maju

Bagi memperkayakan lagi pilihan makanan halal di Hong Kong, Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong telah menerima anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Landskap Pemakanan Halal Hong Kong. Organisasi ini memainkan peranan penting dalam pemeriksaan dan pengeluaran pensijilan halal, menyokong komuniti Muslim tempatan dan pelancong antarabangsa.

Salah satu tempat makan paling terkenal di bawah pensijilan mereka ialah Islamic Centre Canteen, yang terletak di dalam Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Ia sering digambarkan sebagai lokasi wajib singgah bagi pencinta masakan Kantonis halal, dengan pelbagai pilihan dim sum halal autentik, membolehkan pelancong Muslim merasai warisan kulinari tempatan Hong Kong yang sebenar.

Hotel Mesra Muslim dengan Akreditasi Halal

Sudah tentu, perjalanan yang sempurna memerlukan penginapan yang selesa untuk berehat selepas seharian menjelajah bandar. Terletak di Wan Chai, berdekatan Stesen MTR Exhibition Centre, AKI Hong Kong MGallery menawarkan penginapan bergaya yang hanya beberapa langkah dari kawasan membeli-belah meriah di Causeway Bay. Di bahagian selatan pulau pula, Hong Kong Ocean Park Marriott Hotel menggabungkan suasana santai seperti resort dengan kemudahan perniagaan — terletak betul-betul di sebelah Ocean Park Hong Kong, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga dan pelancong santai. Di Kowloon, Harbour Plaza 8 Degrees Hotel dan Royal Pacific Hotel pula menyediakan perkhidmatan dan kemudahan mesra Muslim, menjadikannya pilihan penginapan yang menyambut baik pelancong Muslim. Pelancong boleh menemui lebih banyak hotel yang diiktiraf halal dan dinilai oleh CR melalui laman Discover Hong Kong Muslim Travel, yang membolehkan carian dan penapisan mudah mengikut keperluan dan keselesaan peribadi.

Dengan tahap keselamatan yang kukuh, infrastruktur pelancongan halal yang semakin berkembang, serta gaya hidup bandar yang bertenaga dan mampu milik, Hong Kong semakin menjadi destinasi pilihan pelancong Muslim yang mencari ketenangan minda dan nilai terbaik untuk wang mereka.

Sedia untuk merasai musim perayaan luar biasa di Hong Kong? Tempah perjalanan anda sekarang dan sertai kemeriahannya, di mana sejarah, budaya dan komuniti bergabung dalam gaya Hong Kong yang sebenar.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.