Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Iran Dakwa Guna Peluru Berpandu Hipersonik Serang Israel

Iqbal Yasir
Iran peluru berpandu serang israel
Gambar: AFP

Iran Dakwa Guna Peluru Berpandu Hipersonik Serang Israel

TEHRAN — Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa bahawa telah menggunakan peluru berpandu hipersonik dalam serangan terbaharu ke atas Israel, ketika konflik bersenjata antara kedua-dua negara terus memasuki hari keenam, lapor AFP.

“Gelombang ke-11 the proud Operation Honest Promise 3 telah dilancarkan menggunakan peluru berpandu Fattah-1,” kata kenyataan IRGC yang disiarkan oleh televisyen negeri.

IRGC turut mendakwa bahawa pasukan Iran kini telah memperoleh kawalan penuh ke atas ruang udara wilayah yang dikuasai Israel.

Iran Serang Balas, Siren Kecemasan ‘Bergema’ Di Israel

Semalam, suasana panik menyelubungi bandar Tel Aviv dan beberapa kawasan di utara Israel apabila siren kecemasan dibunyikan pada Selasa, berikutan amaran mengenai pelancaran peluru berpandu dari Iran.

“Dalam tempoh yang singkat tadi, siren dibunyikan di beberapa kawasan di seluruh Israel selepas sistem pertahanan negara mengesan pelancaran peluru berpandu dari Iran ke arah negara ini,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak tentera Israel.

Susulan itu, penduduk di sekitar Tel Aviv dan wilayah utara Israel diarahkan untuk segera mencari perlindungan di tempat selamat.

Sumber: AFP

BACA: Cetus Spekulasi, Trump Dakwa ‘Kuasai’ Ruang Udara Iran

BACA: Beberapa Letupan Kuat Kedengaran Di Tengah Iran

BACA: Serangan Israel Telah ‘Sangat Melemahkan’ Kepimpinan Iran – Canselor Jerman