Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kerjasama Strategik UOA Academy dan Industri Hospitaliti Pacu Pembangunan Komuniti Melalui TVET
Wakil-wakil industri terkemuka negara yang hadir dalam majlis menandatangani MoU bersama UOA Academy
Tiada Kategori

Kerjasama Strategik UOA Academy dan Industri Hospitaliti Pacu Pembangunan Komuniti Melalui TVET

Siti Sakinah

Kerjasama Strategik UOA Academy dan Industri Hospitaliti Pacu Pembangunan Komuniti Melalui TVET

KUALA LUMPUR – UOA Academy melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkasa komuniti menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khusus dalam sektor hospitaliti, dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pelbagai pemain utama industri dalam satu majlis yang berlangsung di ASTANA, Bamboo Hills, Kuala Lumpur semalam.

Kerjasama strategik ini melibatkan penyertaan syarikat-syarikat hospitaliti terkemuka seperti Concorde Hotel Shah Alam, The Boathouse Pulau Tioman, The Lakehouse Cameron Highlands, Putrajaya Leisures & Services Group (PULSE Group), PARKROYAL COLLECTION & Pan Pacific Serviced Suites Kuala Lumpur, VE Hotel & Residences, Komune Living Bangsar South, Komune Living & Wellness, Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Potager, Entier French Dining, Botanica+Co dan Botanica Deli.

Melalui program TVET Hospitaliti anjuran UOA Academy, peserta akan menjalani latihan yang bersifat praktikal dan berorientasikan industri, dengan tumpuan kepada golongan asnaf, B40, komuniti Orang Asli serta individu yang tidak bekerja. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal peserta sambil menawarkan akses langsung kepada peluang pekerjaan dalam sektor yang sedang berkembang pesat dan memerlukan tenaga kerja mahir.

Haikal Akmar, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan UOA, menyampaikan ucapan perasmian

Menariknya, UOA Academy menampilkan pendekatan yang unik berbanding institusi lain melalui model “dari industri untuk industri”. Semua dekan dan tenaga pengajar adalah pemimpin industri yang aktif dan memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan dalam bidang hospitaliti masing-masing, sekali gus memastikan kandungan pengajaran kekal relevan, semasa dan bersesuaian dengan keperluan sebenar pasaran kerja.

Model pengajaran di UOA Academy juga berpandukan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan dilengkapi dengan modul tambahan seperti Bahasa Inggeris Perniagaan dan Matematik Perniagaan, yang penting bagi meningkatkan kecekapan komunikasi dan kemahiran pengurusan harian dalam persekitaran kerja.

Menurut Haikal Akmar, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan UOA, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha menyokong agenda nasional dalam memperkukuh pembangunan modal insan dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat.

Firdaus (kanan) dan Hadafy mewakili Putrajaya Leisures & Services Group (PULSE Group)semasa sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

“TVET bukan sekadar latihan teknikal, tetapi merupakan platform untuk meningkatkan mobiliti sosial, membina masa depan yang lebih cerah, dan menyediakan laluan kerjaya yang bermakna kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Dengan sokongan padu daripada pihak industri, peserta program akan berpeluang menjalani latihan industri secara langsung dan diserap masuk ke dalam pasaran kerja setelah tamat latihan.

Permohonan bagi sesi pengambilan Julai 2025 kini dibuka, dan UOA Academy mengalu-alukan penyertaan individu yang bersedia melangkah ke arah kehidupan yang lebih stabil, berkemahiran dan bermaruah.