Sofyank Update Bakal Shoot Dengan Pelakon Movie “Superhero”
Nama Mohamad Sofian Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Sofyank, bukanlah asing dalam dunia kandungan digital.
Terbaru, Sofyank sekali lagi menggemparkan peminat dunia digital apabila beliau memuat naik satu “update” terbang ke Filipina.
Dalam hantaran ringkas yang dimuat naik di media sosial, Sofyank menulis bahawa dia bakal memulakan penggambaran projek terbaru bersama seorang pelakon dari filem superhero yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Tanpa menyebut nama atau watak secara spesifik, kenyataan itu sudah cukup membuatkan peminat dan pengikutnya tidak senang duduk.
Ramai percaya bahawa projek kali ini mungkin merupakan satu lagi kolaborasi bertaraf dunia, persis kolaborasinya sebelum ini bersama Tom Cruise bagi promosi filem Mission: Impossible – Dead Reckoning.
https://www.facebook.com/photo?fbid=1252602119859539&set=a.195468348906260
Netizen ‘teka’ Superman
Ruangan komen di media sosial Sofyank kini dibanjiri dengan spekulasi peminat yang menyebut bahawa pencipta kandungan kreatif itu bakal berganding dengan “Superman”.
Ini kerana filem terbaru berjudul “Superman” dijadualkan untuk tayangan tidak lama lagi, iaitu pada 11 Julai 2025.
Untuk info, filem “Superman” kali ini akan menampilkan pelakon David Corenswet sebagai Clark Kent/Superman, Rachel Brosnahan sebagai Lois Lane dan Nicholas Hoult sebagai Lex Luthor.
Turut membintangi filem ini adalah Nathan Fillion, Anthony Carrigan dan Isabela Merced.
Bagaimanapun, setakat ini, Sofyank masih belum mengesahkan siapa pelakon sebenar yang akan terlibat dalam projek tersebut.
Namun jika rekod lalu dijadikan ukuran, Sofyank sering kali berjaya memberi kejutan besar apabila tiba masanya.
Sama-sama kita nantikan.
BACA: Sofyank Bakal “Shoot” Video Bersama Tom Cruise Hari Ini
BACA: Sofyank Kongsi Detik Pertemuan Dengan Tom Cruise, Buat Ramai Teruja
BACA: Peluru Berpandu Hipersonik Sukar Dipintas, Ini Sebabnya
Sumber: Sofyank96