Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sultan Selangor Zahir Rasa Kecewa, Dukacita Dengan Sebahagian Keputusan Mahkamah Persekutuan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa kecewa dan dukacita dengan sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyentuh pemakaian fatwa bertarikh 31 Julai 2014 yang tidak terpakai kepada SIS Forum (Malaysia), pertubuhan atau institusi, sebaliknya hanya terpakai kepada individu.
Baginda senada dengan isi kandungan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, berhubung keputusan terbaharu ini.
Baginda menegaskan bahawa penyalahgunaan perkataan “Islam” dalam nama dan penerbitan SIS Forum (Malaysia) boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.
Sehubungan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Negeri Selangor menggesa agar SIS Forum (Malaysia) tidak lagi menggunakan perkataan “Sisters in Islam” ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka supaya perkataan “Islam” tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat tersebut.




BACA: Pemimpin Tertinggi Iran ‘Tidak Lagi Boleh Dibiarkan Wujud’ – Menteri Pertahanan Israel
BACA: Iran Dakwa IAEA Sebagai ‘Rakan Sekutu’ Israel Dalam ‘Perang Pencerobohan’
BACA: Iran Lancar Serangan Terbaru Di Israel, Sebuah Hospital Terjejas
Sumber: Selangor Royal Office