Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Iran Lancar Serangan Terbaru Di Israel, Sebuah Hospital Terjejas
Iran – Ketegangan antara Iran dan Israel terus memuncak apabila serangan bertubi-tubi berlaku pada hari ketujuh konflik.
Letupan kuat dilaporkan berlaku di Jerusalem dan Tel Aviv selepas Iran melancarkan satu lagi serangan peluru berpandu ke atas Israel pada Khamis. Menurut wartawan AFP di lokasi, siren kecemasan turut kedengaran di beberapa kawasan sebagai amaran awal serangan.
Pihak tentera Israel kemudian memaklumkan bahawa orang awam boleh keluar dari tempat perlindungan.
Namun, Menteri Luar Israel berkata Hospital Soroka di Beersheba mengalami kerosakan teruk akibat serangan itu. Sekurang-kurangnya 32 individu cedera akibat serangan terbabit.
Letupan di Jerusalem dikatakan paling kuat setakat ini sejak konflik tercetus minggu lalu. Serangan tersebut berlaku selepas Israel melancarkan beberapa serangan udara baharu ke atas Tehran dan kawasan lain di Iran.


Sementara itu, pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei menolak desakan Presiden Trump supaya Iran menyerah tanpa syarat.
“Amerika perlu sedar bahawa sebarang campur tangan ketenteraan pasti akan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan,” tegasnya.
Dalam pada itu, Trump belum menyatakan secara jelas pendirian beliau.
“Saya mungkin akan lakukannya, mungkin juga tidak. Tiada siapa tahu apa tindakan saya seterusnya. Minggu hadapan merupakan tempoh yang penting,” ujar Trump.
“Saya ada bayangan apa yang perlu dilakukan tetapi saya belum buat keputusan akhir. Saya lebih gemar membuat keputusan saat akhir kerana segalanya boleh berubah. Terutamanya peperangan,” tambahnya.
Menurut laporan The Wall Street Journal, Trump telah meluluskan pelan serangan ke atas Iran pada Selasa. Namun beliau menangguhkannya untuk melihat sama ada Tehran akan menghentikan program nuklearnya.
Iran sebelum ini memperkayakan uranium kepada 60 peratus, melepasi had yang ditetapkan dalam perjanjian nuklear 2015. Namun, ia masih belum mencapai tahap 90 peratus yang diperlukan untuk membangunkan senjata nuklear.
Israel mendakwa kempen serangan udara ke atas Iran bertujuan menghalang negara itu memperoleh senjata nuklear. Setakat ini, kira-kira 400 peluru berpandu dan 1,000 dron dilaporkan telah dilancarkan Iran ke arah Israel sejak konflik bermula pada Jumaat lalu.
Daripada jumlah itu, kira-kira 20 peluru berpandu disasarkan kepada kawasan awam mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 kematian dan ratusan lagi cedera.
Sementara itu, Iran mendakwa serangan Israel telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 224 individu, termasuk pegawai tentera, saintis nuklear dan orang awam.
Sumber: AFP
BACA: Peluru Berpandu Hipersonik Sukar Dipintas, Ini Sebabnya
BACA: Trump Belum Buat Keputusan Muktamad Mengenai Serangan AS Ke Atas Iran