Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
iran desak pbb
Kredit: AFP

Iran Desak Majlis Keselamatan PBB Kuat Kuasa Resolusi 487 Berhubung Serangan Nuklear Israel

Sofea

Iran Desak Majlis Keselamatan PBB Kuat Kuasa Resolusi 487 Berhubung Serangan Nuklear Israel

TEHRAN, 20 Jun (Bernama) — Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya melaksanakan dan menguatkuasakan Resolusi 487 yang diterima pakai pada 1981 sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif Israel ke atas kemudahan nuklear Iraq, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam satu hantaran di akaun X beliau pada Jumaat, Araghchi berkata reaktor air berat di Arak – yang berada di bawah pengawasan ketat sistem perlindungan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan sedang dibangunkan mengikut spesifikasi teknikal yang dipersetujui di bawah Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) – telah diserang oleh Israel pada Khamis.

Beliau menegaskan bahawa adalah penting untuk UNSC, yang dijadual bersidang hari ini, mempertahankan dan melaksanakan Resolusi 487 berikutan serangan Israel terhadap kemudahan nuklear Iraq seperti yang diiktiraf dalam resolusi berkenaan pada 1981.

BACA: Iran Lancar Serangan Terbaru Di Israel, Sebuah Hospital Terjejas

“Sebarang serangan ketenteraan terhadap kemudahan nuklear adalah bersamaan dengan serangan terhadap sistem perlindungan IAEA dan satu pelanggaran Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT),” katanya sambil menambah bahawa Resolusi 487 bukan sahaja perlu diguna pakai terhadap tindakan lampau, tetapi juga untuk insiden akan datang.

Araghchi menekankan bahawa jika UNSC melaksanakan resolusi itu, ia juga mesti memperincikan butiran pelaksanaannya kepada masyarakat antarabangsa.

“Sekiranya rejim Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) gagal, maka Majlis Keselamatan PBB bersama rejim Israel perlu dipertanggungjawabkan,” katanya.

Sumber: Bernama