Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Houthi Umum Sedia Serang Kapal AS Di Laut Merah Susulan Serangan Ke Atas Iran
Kumpulan pejuang Houthi di Yaman pada Ahad menyatakan sokongan terhadap ikrar oleh sayap bersenjatanya sehari sebelumnya untuk menyerang kapal-kapal Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah sekiranya Washington melancarkan serangan ke atas Iran.
“Kami mengesahkan komitmen Republik Yaman terhadap kenyataan pasukan bersenjata bahawa mereka bersedia untuk menyasarkan kapal-kapal AS di Laut Merah,” kata kerajaan tersebut dalam satu kenyataan susulan serangan udara yang dilancarkan AS ke atas Iran.
Anggap serangan AS sebagai ‘pengisytiharan perang’ terhadap rakyat Iran
Dalam pada itu, kumpulan pejuang Houthi mengecam serangan yang dilakukan AS terhadap Iran dan menyatakan solidariti penuh terhadap rakyat Iran.
“Tindakan agresif dan cuai pentadbiran Trump menyerang tiga tapak nuklear Iran merupakan satu pengisytiharan perang yang terang-terangan terhadap rakyat Iran yang bersaudara. Kami menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Iran yang kami anggap sebagai saudara,” menurut kerajaan Houthi.
BACA: Kenyataan Penuh Trump Susulan Serangan AS Ke Atas Iran
BACA: Iran Lancar Serangan Peluru Berpandu Terbaharu Ke Atas Israel
BACA: Iran Hukum Gantung Lelaki Disabit Kesalahan Jadi Perisik Israel – Badan Kehakiman
Sumber: AFP