Lelaki ‘Meremang’ Kongsi Keajaiban Di Tanah Suci
Dalam hidup ni, sering kali berlaku peristiwa-peristiwa yang sukar dijelaskan dengan logik manusia.
Itulah yang dialami oleh seorang jemaah lelaki baru-baru ini ketika berada di Tanah Suci, dan kisahnya kini tular di media sosial serta mengundang rasa kagum dan sebak ramai.
Peristiwa luar biasa ini berlaku di Masjidil Haram, ketika lelaki itu sedang menunggu masuk waktu solat Isyak.
Baginya, ia bukan sekadar satu kebetulan, tetapi sebuah keajaiban kecil yang memberi makna besar dalam hidupnya.
“Ni bukan mimpi, ini realiti…”
Menurut perkongsiannya, setiap kali ke masjid untuk solat Maghrib dan menunggu solat Isyak, dia akan manfaatkan masa dengan membaca al-Quran.
Dia juga akan sentiasa membawa beg merah yang diberikan oleh Tabung Haji, yang berisi al-Quran miliknya.
Kebiasaannya, tempoh menunggu antara Maghrib ke Isyak mengambil masa hampir sejam, dan dia akan tenang membaca al-Quran sepanjang tempoh itu.
Beberapa hari sebelum kejadian, dia telah membaca sehingga ke Juzuk ke-11, iaitu sekitar Surah Hud, muka surat lebih kurang 200 lebih.
Seperti biasa, dia menandakan muka surat terakhir yang dibaca sebelum menyimpan semula al-Quran dalam beg.
Tertinggal al-Quran, tapi ‘terkejut’ dengan apa yang Allah nak tunjuk
Namun, pada hari kejadian, lelaki itu terlupa membawa beg merahnya ke masjid. Dia hanya menyedari hal itu setelah selesai solat Maghrib.
Masa berbaki sekitar 30 minit sebelum masuk waktu Isyak, dia terasa masa menunggu agak lama.
Maka, dia mengambil al-Quran yang tersedia di masjid untuk menyambung bacaannya.
Cuma satu masalah, dia tidak ingat dengan tepat muka surat terakhir yang dibaca, cuma anggaran sekitar muka surat 200 lebih.
Dia pun membuka al-Quran itu secara rawak, dan di sinilah perkara yang luar biasa berlaku.
“Allah nak tunjuk Allah ada dengan kau…”
Al-Quran yang diambilnya terus terbuka pada muka surat yang mempunyai penanda tali kuning, dan isi kandungannya tepat seperti muka surat terakhir yang dibacanya sebelum ini.
Lelaki itu tergamam. Hatinya kuat mengatakan itulah muka surat yang sama dengan al-Quran miliknya yang tertinggal di bilik.
Walaupun terkejut, dia tetap tenang dan menyimpan hasrat untuk menyemaknya semula selepas pulang ke hotel.
“Sampai di bilik, isteri saya ingatkan untuk semak semula. Bila saya buka beg, keluarkan al-Quran dan periksa, memang betul,” jelasnya.
Tambah menyentuh, lelaki itu berkongsi bahawa ayat-ayat dari Surah Hud yang sedang dibacanya ketika itu sangat meresap ke dalam hati.
Terjemahan ayat tersebut menyentuh soal kekuasaan, keesaan dan keagungan Allah SWT.
@ameeruladlee Ni bukan mimpi bro, ini realiti..
BACA: Sebak Dijemput Tetamu Allah Setelah 36 Tahun Peluk Islam
BACA: Kajian MIT Dedah ChatGPT Jadikan Pengguna Malas, Pemikiran Otak Merosot
BACA: Ramai Ambil Mudah, Tak Tutup Kemas Penutup Radiator Boleh Buat Rugi Beribu
Sumber: TikTok @ameeruladlee