Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ramai Ambil Mudah, Tak Tutup Kemas Penutup Radiator Boleh Buat Rugi Beribu
Memiliki kereta bukan sekadar tentang memandunya dari satu tempat ke tempat lain. Ia juga datang bersama tanggungjawab besar dalam aspek penjagaan dan penyelenggaraan.
Malangnya, ramai pemilik hanya mengambil berat tentang penyelenggaraan kereta apabila masalah mula timbul.
Tapi sebenarnya, kerosakan yang memerlukan kos tinggi untuk dibaiki sebenarnya berpunca daripada kecuaian kecil yang sering dipandang ringan.
Baru-baru ini, pengguna TikTok Altimat Saujana Utama berkongsi maklumat penting tentang fungsi dan kepentingan penutup radiator kereta, satu komponen yang sering diabaikan ramai.
Menurutnya, penutup radiator biasanya terletak di bahagian atas radiator (top casing) atau pada adapter radiator.
Fungsinya bukan sahaja untuk menutup radiator agar air tidak keluar, tetapi juga untuk mengawal tekanan dalam sistem penyejukan enjin.
Satu perkara yang sangat penting untuk diingat ialah jangan sesekali membuka penutup radiator ketika enjin masih panas atau sedang mengalami overheat.
Apabila enjin terlalu panas, tekanan dalam sistem radiator akan meningkat.
Jika penutup dibuka dalam keadaan ini, wap dan cecair panas boleh tersembur dengan kuat dan berisiko menyebabkan kecederaan serius, termasuk melecur satu badan.
Selain itu, jika penutup radiator longgar atau tidak ditutup dengan sempurna, beberapa perkara buruk boleh berlaku:
1. Air dalam radiator akan cepat berkurangan, menyebabkan sistem tidak dapat menyejukkan enjin dengan efisien.
2. Tekanan dalam sistem radiator menjadi tidak seimbang, yang akhirnya boleh menyebabkan enjin menjadi terlalu panas (overheat).
3. Kegagalan sistem ini boleh menyebabkan kerosakan enjin yang serius, dan kos membaikinya boleh mencecah ribuan ringgit.
Oleh itu, jika anda perasan penutup radiator kereta anda sudah longgar atau rosak, segeralah tukar kepada yang baru.
Harganya jauh lebih murah berbanding kos membaiki kerosakan enjin yang boleh berlaku akibat overheat.
BACA: Wanita Dakwa Bayi Meninggal Akibat Jangkitan Virus Berbahaya Selepas Dicium
BACA: Lelaki Kongsi Detik Cemas Tolong Kanak-Kanak Hilang Di Mall
BACA: Pemimpin Tertinggi Iran Tampil Beri Amaran Untuk Trump
Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok