Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dijemput tetamu Allah
Kredit: Bernama

Sebak Dijemput Tetamu Allah Setelah 36 Tahun Peluk Islam

Azizah Najib

Sebak Dijemput Tetamu Allah Setelah 36 Tahun Peluk Islam

MAKKAH, 26 Mei (Bernama) — Tiada yang lebih bermakna buat Mohd Saufi Lim Abdullah, 71, apabila akhirnya dijemput menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci untuk menyempurnakan rukun Islam kelima selepas 36 tahun memeluk Islam.

Berketurunan Baba dan Nyonya, Mohd Saufi yang dahulu dikenali sebagai Kris Lim menyifatkan detik penghijrahan kepada Islam sebagai perjalanan rohani paling besar dalam hidupnya dan peluang menunaikan haji merupakan impian yang telah dipendam sejak tiga dekad lepas.

“Sebak kerana saya terfikir kenapa tidak dari awal lagi saya diberitahu bahawa Islam ini benar…yang membolehkan kita membetulkan diri sendiri. Islam bukan sekadar ajaran tetapi satu cara hidup. Ia mengajar saya bagaimana menjadi manusia yang baik,” katanya ketika ditemui di Abraj Al Tayseer di sini baru-baru ini.

Mohd Saufi yang kini menetap di Bintulu berkata beliau memeluk Islam semasa berusia 35 tahun dan sebelum itu aktif sebagai pendakwah agama lain malah terlibat dalam beberapa misi ke luar negara termasuk ke Filipina.

“Apabila ekonomi merudum, saya dihantar bertugas ke sebuah rumah ibadat di Johor Bahru. Di sana saya berkawan dengan anak-anak Melayu yang memperlihatkan keindahan Islam. Mereka tunjukkan saya contoh yang baik, itu yang menarik hati saya,” jelasnya.

BACA: Lokasi Hotel Jemaah Haji 2025 Di Madinah & Mekah

Warga emas itu berkata sebelum memeluk Islam beliau didatangi mimpi aneh yang menjadi titik mula penghijrahan, melihat dirinya bergelut antara kepercayaan lama dan Islam.

“Saya pernah bermimpi, sebelah kaki saya berada dalam sampan manakala sebelah lagi di atas jeti. Sampan itu mewakili agama lama saya manakala jeti yang kukuh itu melambangkan Islam, agama yang suci,” katanya.

Mohd Saufi melafazkan dua kalimah syahadah di Majlis Agama Islam Johor pada April 1989, kira-kira sebulan selepas mengalami mimpi yang menjadi titik tolak penghijrahan kepada Islam.

“Saya anak sulung daripada 10 beradik, setakat ini tujuh daripada kami telah memeluk Islam. Antara doa utama saya di hadapan Kaabah ialah agar ahli keluarga saya yang belum menerima Islam turut mendapat hidayah.

“Saya berdoa agar Allah menjadikan saya sebagai cahaya yang boleh menarik mereka kepada Islam. Itu yang saya lafazkan saat pertama kali memandang Kaabah kerana apa yang paling saya sayang adalah keluarga,” katanya sebak.

Sumber: BERNAMA