Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bonnie Terus Unggul Rangkul Emas Piala Dunia 2025

Hannah
Bonnie emas
Gambar: BERNAMA

Bonnie Terus Unggul Rangkul Emas Piala Dunia 2025

KUALA LUMPUR (Bernama) — Jaguh powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin terus memperkukuh reputasinya di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) pada Piala Dunia 2025 di Beijing, China.

Badang kerdil kelahiran Sarawak itu melakukan angkatan terbaik seberat 215kg dalam saingan yang berlangsung di China Administration of Sports for Persons with Disabilities (CASPD), sekali gus mengekalkan penguasaannya dalam kategori berkenaan.

Bagaimanapun, pencapaian itu masih belum mampu mengatasi rekod dunia miliknya, iaitu 232kg yang dicatat ketika mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

Pingat perak diraih atlet Cuba, Jesus Cuevas Cisneros dengan angkatan seberat 175kg, manakala atlet India, Ramubhai B. Bhambava membawa pulang gangsa selepas mencatat angkatan 151kg.

BACA: Ong Yew Sin Sah Bergelar Suami Kepada Aya Ohori

BACA: 13 Pasukan Bakal Beraksi Dalam Saingan Liga Super Musim Depan

BACA: FAM Belum Muktamad Penyertaan Harimau Malaya Pada Piala Negara CAFA 2025

Sumber: BERNAMA