Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Wae Selamos, Tok Singa & Dua Rakan Dipenjara Tiga Tahun Pukul Pensyarah Hingga Buta

Hannah
Pukul Pensyarah Hingga Buta
Sumber: BERNAMA

Wae Selamos, Tok Singa & Dua Rakan Dipenjara Tiga Tahun Pukul Pensyarah Hingga Buta

KOTA BHARU (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas empat pengamal perubatan tradisional selepas mendapati mereka bersalah memukul seorang pensyarah hingga buta mata kiri, empat tahun lepas.

Hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah terhadap keempat-empat tertuduh pada akhir kes perbicaraan.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat lelaki itu didapati dengan sengaja mendatangkan cedera parah iaitu kehilangan penglihatan mata kiri kekal ke atas mangsa, 43, pada pukul 4 pagi di sebuah rumah inap di Jalan Sultan Yahya Petra di sini pada 5 Ogos 2021.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Sekyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Hakim membenarkan permohonan peguam Mohd Azrul Hasyimi yang mewakili keempat-empat tertuduh bagi menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan mereka terhadap keputusan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli.

BACA: Parlimen Iran Lulus Langkah Tutup Selat Hormuz Susulan Serangan AS Ke Atas Tapak Nuklear

BACA: Ketahui ‘Padah’ Penutupan Selat Hormuz

BACA: AS Keluarkan Amaran ‘Waspada Seluruh Dunia’ Kepada Rakyatnya

Sumber: BERNAMA