Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Mudah Je, Ini Cara Isi Minyak Di Petronas Guna TNG eWallet
Sebut sahaja tentang Touch ‘n Go eWallet atau lebih dikenali sebagai TNG eWallet, pastinya ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sudah tidak asing lagi dengan aplikasi ini.
Ia bukan sekadar platform untuk membuat pembayaran tanpa tunai, malah turut menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti simpanan wang, pembelian emas, perlindungan insurans, tambah nilai RFID, pembayaran bil, dan banyak lagi.
Disebabkan itu, TNG eWallet salah satu aplikasi kewangan digital mesra pelanggan di negara ini.
Selain mesra pengguna, ia juga pantas, dan selamat, telah menarik minat jutaan pengguna di pelbagai lapisan masyarakat.
tentang TNG eWallet, ramai masyarakat sinonim dengan aplikasi ini. Aplikasi TNG eWallet atau Touch n Go eWallet menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pembayaran, simpanan wang, emas dan banyak lagi.
Perkara ini menjadikan aplikasi ini antara paling banyak digunakan kerana mesra pengguna.
Terbaru, TNG Digital Sdn Bhd baru sahaja berkolaborasi dengan Setel Ventures Sdn Bhd, membolehkan rakyat Malaysia membuat bayaran minyak menggunakan TNG eWallet di lebih 1,000 stesen Petronas di seluruh negara.
Jadi, SK hari ini akan berkongsikan cara mudah untuk membuat pembayaran minyak di Petronas menggunakan ‘Setel Mini’ yang sudah tersedia dalam aplikasi eWallet ini.
Cara Isi Minyak Di Petronas Guna TNG eWallet
Menurut Setel, pengguna tidak perlu mendaftar sebagai pengguna Setel sebelum menggunakan Setel Mini.
Ini kerana ia sudah disediakan secara automatik dengan maklumat pada aplikasi TNG eWallet.
1. Buka aplikasi TNG eWallet
2. Pergi ke “Home” kemudian cari “My Favourites” dan tekan “More”.
3. Anda akan melihat “PETRONAS via Setel” di bahagian “Featured” atau “Transport”.

4. Selepas itu, hanya ikut arahan yang dipaparkan di skrin dan benarkan aplikasi mengakses lokasi semasa.

5. Setelah semua selesai, pengguna boleh membuat pembayaran minyak melalui TNG eWallet di stesen Petronas terpilih di seluruh negara.
6. Pilih “Purchase Fuel” untuk mula beli minyak.

7. Selepas itu, pilih nombor pam, jumlah petrol, dan jenis bahan api yang diinginkan.
8. Tekan “Pay” dan tunggu sehingga pam diaktifkan.
9. Setelah pam aktif, anda boleh mula mengisi minyak seperti biasa.

Senang je kan? Semoga bermanfaat
Sumber: Setel