Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion
Gambar: BERNAMA

Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini

Iqbal Yasir

Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini

PUTRAJAYA, (Bernama) — Pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini yang menempatkan kuarters kerajaan akan dilaksanakan secara berfasa dijangka bermula suku ketiga tahun ini dengan kos pembangunan dianggarkan berjumlah RM4 bilion.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud berkata projek berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan berikutan kajian mendalam yang menunjukkan keperluan mendesak terhadap penyediaan perumahan mampu milik khususnya bagi golongan penjawat awam.

“Kerajaan bersetuju pembangunan dijalankan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) dilantik bagi melaksanakan projek ini dengan kos pembangunan yang diluluskan kerajaan kira-kira RM4 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi taklimat Kota MADANI yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di sini semalam.

Fadlun berkata semua kos pembangunan akan diperincikan dalam perjanjian definitif dan diteliti secara menyeluruh oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) termasuk melalui proses kejuruteraan nilai bagi memastikan penjimatan dan keberkesanan pelaburan kerajaan.

“Projek ini berlandaskan konsep konsesi bina-pajak-senggara-pindah (BLMT)… bermakna kerajaan tidak menanggung secara terus kos penyelenggaraan kuarters, tetapi dibayar secara tempoh jangka panjang yang ditetapkan oleh kerajaan. Jadi beban kepada kerajaan adalah sangat minimum berbanding yang dilaksanakan pada masa ini.

“Oleh itu, ini adalah pendekatan yang diperkenalkan bagi pembangunan kuarters dan tempoh bayar balik juga akan ditetapkan oleh UKAS. Sehubungan itu, kerajaan memang meneliti dari segi kos pelaksanaan bagi projek ini,” katanya.

Fadlun berkata fasa pertama pembangunan pada September ini akan melibatkan 3,000 unit kediaman di bawah fasa 1A dan 1B yang turut diselaraskan dengan pembinaan sebuah sekolah dengan konsep menegak, yang dijangka siap dijangka siap pada 2027.

BACA: Konflik Iran-Israel: Malaysia Hargai Peranan Qatar Dalam Usaha Gencatan Senjata

Menurutnya langkah ini bertujuan supaya kemudahan pendidikan dapat beroperasi serentak apabila perumahan siap.

Beliau berkata proses tender terbuka akan dilaksanakan dalam masa terdekat oleh PjH dan katanya kerajaan tidak terlibat secara langsung dalam pemilihan kontraktor, namun akan memantau rapi keseluruhan kos dan siling bajet yang ditetapkan.

Kota MADANI yang berkeluasan 41.28 hektar akan menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman untuk lebih 30,000 penduduk dan dibina secara vertikal berintensiti tinggi.

Reka bentuknya yang mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan, prasarana digital berkecekapan tinggi dan sistem mobiliti hijau akan menjadi asas kepada bandar rendah karbon sebagai menjunjung prinsip kemampanan, kesejahteraan dan keselamatan awam.

Pembangunan itu adalah pelaburan strategik jangka panjang dalam merangka masa depan Putrajaya sebagai bandar contoh yang mendukung nilai MADANI dan selari visi Bandar CHASE iaitu bandar yang bersih, sihat, maju, selamat dan mesra alam.

Sumber: BERNAMA