Reaksi Orang Amerika “Try” Nasi Lemak, Curi Tumpuan
Umum diketahui, Malaysia bukan hanya kaya dengan kepelbagaian budaya dan etnik, tetapi juga terkenal dengan pelbagai hidangan tradisional yang memikat selera.
Antara pelbagai makanan yang menjadi kebanggaan rakyat, nasi lemak tidak dapat dinafikan sebagai juara di hati semua. Ia sama seperti teh tarik dan roti canai yang menjadi kegemaran ramai setiap pagi.
Menariknya, di mana sahaja rakyat Malaysia berada, sama ada di tanah air atau di perantauan, cinta terhadap nasi lemak tetap utuh.
Baru-baru ini, perkongsian lelaki Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat (AS) menjadi tular, mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, dia memperkenalkan nasi lemak di sebuah festival makanan budaya di sekolah anaknya.
Bayangkan… aroma daun pisang dan sambal tumis tiba-tiba ‘menyapa’ hidung warga asing di sana.
Ramai yang terpegun, tertanya-tanya, dan akhirnya jatuh cinta dengan keenakan hidangan ini.
“Saya tak malu, bawa satu cawan (sambal) ke rumah…”
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, lelaki tersebut bersama isterinya difahamkan menyediakan nasi lemak lengkap dengan sambal dan rendang untuk diperkenalkan kepada warga tempatan.
Pelbagai reaksi positif dan mencuit hati diterima daripada warga AS yang mencuba hidangan tersebut.
“Malaysia yang terbaik,”
“Korang memang kegemaran saya. Sedap sangat,”
“Ini memang sedap, boleh saya ambil lagi satu?”
Lebih lucu, seorang wanita mengaku dia sanggup mengambil cawan dari khemah Filipina semata-mata untuk mengambil sambal dari khemah Malaysia.
“Mereka ambil cawan dari (khemah) Filipina semata-mata nak ambil sambal dari Malaysia,” kongsi si isteri sambil ketawa.
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang minta sambal lebih untuk dibawa pulang ke rumah.
Lebih membanggakan, seorang cef yang hadir turut memuji keunikan nasi lemak dan meminta orang ramai berkunjung ke khemah Malaysia untuk mencubanya sendiri.
@kumaarfamily What Americans think of Malaysian Nasi Lemak! #nasilemak #foodies #malaysianfood #malaysia #kumaarfamily
Warganet Malaysia bangga tak terkata
Rata-rata rakyat Malaysia membanjiri ruangan komen dengan rasa bangga melihat makanan tradisi mereka disambut baik di luar negara. Malah, ramai yang berkongsi cadangan makanan lain yang boleh diperkenalkan.
“Bayangkan, musim sejuk kat AS. Dapat bihun sup dengan teh tarik. Huih padu!”
“Kalau buat teh tarik mesti laku,”
“Lontong sambal bilis mesti diorang suka,”
BACA: Lelaki Ziarah Pusara Ibu, ‘Borak’ Guna Bahasa Isyarat Undang Rasa Sebak
BACA: ‘Bantu’ Pemandu Lain, Tindakan Abang Lori Raih Pujian Ramai
BACA: Wanita Kongsi Surat Cinta Ayah Untuk Ibu, Buat Ramai Ikut “Blushing”
Sumber: Kumaar Family via TikTok