Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lelaki Ziarah Pusara Ibu, ‘Borak’ Guna Bahasa Isyarat Undang Rasa Sebak

Hannah
borak pusara ibu
Kredit: TikTok @hasmalina10

Lelaki Ziarah Pusara Ibu, ‘Borak’ Guna Bahasa Isyarat Undang Rasa Sebak

Sosok bernama “ibu” sentiasa memiliki tempat paling istimewa dalam hati setiap insan bergelar anak.

Dialah insan pertama yang memeluk kita ke dunia ini, yang mendakap dalam tangis dan tawa, dan yang mendoakan tanpa henti walau dalam diam.

Walau jasadnya mungkin telah tiada, kehadirannya tetap hidup dalam kenangan, doa dan rindu yang tidak berpenghujung.

Bahkan bagi seorang anak, kehilangan ibu adalah satu kehilangan yang besar, ia umpama hilang sebahagian daripada jiwanya sendiri.

Itulah yang terpancar menerusi video tular memaparkan seorang lelaki istimewa yang menziarahi pusara ibunya.

‘Berborak’ di pusara ibu guna bahasa isyarat

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan berdiri di sisi kubur sambil tersenyum tenang.

Dia dilihat membaca doa untuk arwah ibunya menggunakan bahasa isyarat, satu momen yang membuat ramai netizen mengalirkan air mata.

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan seorang individu pekak dan bisu sejak kecil. Rakaman itu dimuat naik oleh saudaranya sendiri menerusi TikTok @hasmalina10.

“Terima kasih semua yang mendoakan. Anak buah saya pekak bisu sejak kecil. Ibunya meninggal dunia akibat kanser. Sekarang dia tinggal bersama nenek.

“Setiap hari Jumaat, dia akan pergi menziarahi kubur ibunya. Kebetulan saya rakam masa tu sebab hairan kenapa dia belum jalan-jalan lagi.

“Rupa-rupanya masih berborak lagi dengan ibunya. Doakan dia,” jelas @hasmalina10 di ruangan komen.

Menurutnya lagi, dalam video itu lelaki tersebut sedang membacakan Surah al-Fatihah dan memberitahu ibunya bahawa dia sangat menyayanginya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak dan tersentuh dengan tindakan lelaki berkenaan.

BACA: 11 Negara Paling Selamat Berlindung Jika Perang Dunia Ke-3 Meletus

BACA: Ketahui ‘Padah’ Penutupan Selat Hormuz

BACA: Laluan Minyak Paling Kritikal Dunia, Selat Melaka Di Kedudukan Teratas

Sumber: TikTok @hasmalina10